Ahad, 27 Mac 2011

PERGOLAKAN DALAMAN KOMPONEN BN SEMAKIN RUNCING

Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan.

Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika BN.

"Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di Georgetown malam semalam.

Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau pada Rabu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai".

Buat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi MCA negeri mengumumkan MCA Pulau Pinang berjaya mengumpulkan RM1 juta untuk yayasan tersebut.

"Kami jangka akan membelanjakan RM5 juta untuk membantu golongan yang memerlukan wang bagi tujuan perubatan kerana kami telah mengumpulkan RM10 juta di seluruh negara," katanya.

Mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohon menerusi MCA bahagian di kawasan masing-masing, katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN TAK HERAN PUN, KAU JA YANG LEBIH LEBIH

KAU BUAT BUAT TAK NAMPAK PAKATAN HARAMJADAH LAGI CELARU TAPI BUAT DIAM JA

POK NIK DENGAN HADI PUN BERTELAGAH

NUAR DENGAN ORANG BAWAH PUN MACAM MACAM KAU LAGI TAK SENTUH

BELUM DAP AND THE GANG