Memaparkan catatan dengan label EGM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EGM. Papar semua catatan

Sabtu, 14 November 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - MCA MAKIN KRONIK UMNO BAKAL LUMPUH

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kumpulan dikenali sebagai "kuasa ketiga" dalam MCA pada Jumaat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu yang masih berlarutan.

Jurucakap kumpulan itu, Datuk Tan Kah Choun, mencadangkan agar Perdana Menteri selaku Pengerusi BN, bertemu dengan 11 tokoh veteran parti itu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian.

"Demi megembalikan imej Barisan Nasional, saya dengan ikhlas berharap Datuk Seri Najib berbincang dengan 11 tokoh ini yang terdiri sama ada bekas presiden atau timbalan presiden MCA," katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Mereka ini terdiri Tun Dr Lim Chong Eu, Tan Sri Lee San Choon, Tan Sri Michael Chen Wing Sum, Datuk Dr Neo Yee Pan, Datuk Mak Hon Kam, Tan Koon Swan, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Lee Kim Sai, Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Ong Ka Ting dan Tan Sri Chan Kong Choy.

Najib pernah berkata beliau tidak akan campur tangan melainkan diminta oleh MCA kerana tidak mahu Umno disalah anggap sebagai cuba mencampuri urusan parti lain. Naib Presiden MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan pernah mencadangkan agar Najib membantu menyelesaikan krisis itu.

Tan, yang juga pengerusi MCA cawangan Rasa Jaya di Selangor, malah mencadangkan agar Najib mendapatkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan bekas perdana menteri itu pernah menangani tiga krisis dalaman MCA sebelum ini.

"Tidak kira siapa menjadi presiden atau timbalan presiden asalkan MCA dapat terus bergerak dengan kuat, bersatu dan aman," katanya.

Beliau berharap semua pihak yang bertelagah supaya menerima pelan perdamaian yang melibatkan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan menolak satu mesyuarat agung luar biasa yang dicadangkan oleh sekumpulan anggota Jawatankuasa Pusat MCA 28 Nov ini.

Ahad, 8 November 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - MCA DIAMBANG MAUT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.

Mendengar penjelasan Najib berkaitan isu dalaman MCA di atas, anak tekak saya berasa loya dan nak termuntah. Berhikmah sungguh nada dan isi sanubari Najib bila krisis yang melanda sebahagian parti komponen BN untuk ditangani.

Anehnya, apabila berlaku sesuatu krisis dalaman di dalam parti Pakatan Rakyat, Najib lah tanpa dijemput terus sahaja memberi ulasan dan tokok tambah mengatakan parti berkenaan kini berada diambang perpecahan serta ditolak rakyat.

Ternyata Najib terlalu banyak bermain dengan kata-kata retorik. Cakap tak serupa bikin. Dia boleh kelentong UMNO tetap gagal nak pengaruhi pemikiran penyokong PR.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti yang kukuh dan bersatu.

Menjawab satu soalan, beliau berkata 'pelan perpaduan lebih menyeluruh' yang sedang diusahakan dalam parti itu, dicetuskan oleh kepimpinan MCA sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia bukan pelan saya, tapi ditampilkan oleh kepimpinan MCA sendiri. Mereka ada memaklumkan kepada saya mengenainya, dan saya beritahu mereka bahawa apa yang paling penting adalah saya mahukan sebuah parti MCA yang kukuh dan bersatu. Kemudian baru MCA boleh mewakili majoriti komuniti Cina," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kongres Tahunan Parti Demokratik Liberal di 1Borneo di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata MCA tidak punyai pilihan, mereka perlu menangani masalah dalaman dengan segera kerana sekiranya ia tidak diselesaikan dalam tempoh masa tertentu, ada kemungkinan calon-calon MCA ditolak orang ramai pada pilihan raya akan datang.

Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno berkata sudah tiba masanya bagi MCA meminta Najib, yang juga pengerusi BN, untuk masuk campur dan cuba menyelesaikan masalah kepimpinan parti itu.

MCA mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lepas dalam usaha menyelesaikan krisis kepimpinan yang dihadapinya, namun hasilnya dilihat masih belum dapat merungkai masalah yang melanda parti itu.

Ini ekoran kumpulan yang mendakwa mewakili 16 orang atau satu pertima anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA memanggil EGM baru pada 28 November ini untuk membolehkan perwakilan memutuskan sama ada pemilihan baru MCA perlu diadakan.


Najib harus mengakui bahawa krisis dalaman MCA menunjukkan bahawa orang-orang cina telah menolak parti perkauman yang mereka cipta sendiri sepertimana juga yang pernah berlaku di dalam parti Gerakan, PPP dan MIC.

Kebimbangan Najib jelas, apabila menyatakan MCA mungkin akan ditolak bila PRU akan datang dan ini akan terkesan jua kepada parti komponen BN yang lain.