Khamis, 7 Mac 2019

MALAYSIA BARU - PH CIPTA SEJARAH JADIKAN RAKYAT GELANDANGAN




Sebahagian penduduk Taman Manggis tidur di depan Komtar

Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan secara besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998. Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ke-4 ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang “korup”, “mahazalim”, “mahafiraun” dan pelbagai gelaran “maha” lagi, yang sudah terlalu lama memegang jawatannya.



Semasa zaman refomasi, PKR sering melaung-laungkan akan mengembalikan hak rakyat secara adil dan saksama, melakukan usaha membela golongan tertindas, melawan rasuah dan penyelewengan di samping pemisahan cabang eksekutif, legislatif serta kehakiman bagi memastikan proses semak imbang diamalkan.

Kini zaman sudah berubah. Lafaz perkataan “mahazalim” dan “mahafiraun” sudah tidak lagi kedengaran malahan beliau diangkat semula sebagai PM ke-7 selepas memenangi PRU14 setelah terbentuknya Pakatan Harapan (PH).

Melihat senario yang berlaku ketika ini, terutamanya kes penghuni PPRT Tmn Manggis di Pulau Pinang yang dihalau dari kediaman mereka, tiada satu pun alternatif dari pihak kerajaan negeri untuk berunding atau sekurang-kurangnya menghantar wakil mereka. Tapi bila nak PRU pandai pulak hantar wakil untuk rayu undi? Tolonglah jangan jadi hipokrit seperti kerajaan terdahulu. Mana laungan yang dahulunya hendak membela rakyat?


Masih ingatkah kalian, perjuangan selama 20 tahun penubuhan PKR dahulu. Rakyat sudah tahu mesej reformasi PKR, namun kini seluruh negara menanti apakah pengisian sebenar kepada agenda besar reformasi PKR dalam kerajaan PH?

Bagaimana pula dengan hak keadilan kepada semua kaum boleh diwujudkan dalam suasana negara yang memiliki kepelbagaian kaum, agama, adat dan budaya. Mampukah semua ini dijayakan hanya dengan laungan reformasi tanpa perlu ada satu dasar jelas yang mendukung di belakangnya.
Belum lagi soal kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, bantuan usahawan, peluang pekerjaan, ekonomi rakyat, nasib petani, nelayan dan penoreh getah.

Tolonglah rakyat wahai pemimpin PH yang selama ini kamu laungkan refomasi berulang kali untuk membela rakyat. Tunjukkan dan terjemahkanlah kata-kata kamu dengan bukti yang nyata? 

Tiada ulasan: