16 Nov 2019 - CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee
Jeck Seng memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan
majoriti 15,086 undi, hari ini.
Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai itu memperoleh 25,466 undi
daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat, malam ini.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai
Zulkifly Mohd Tahir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, 9.15 malam
ini.
Sekaligus keputusan ini memberi isyarat yang sangat jelas,
agar kerajaan PH jangan terlalu selesa dan angkuh dengan rakyat sehingga
mengetepikan masalah rakyat bawahan. Janji manifesto akhirnya memakan diri
mereka sendiri.
Rakyat dahagakan pembaharuan serta perubahan seperti yang
dijanjikan oleh PH dan bukannya momokkan dan sering menyalahkan kerajaan terdahulu.
Kerajaan terdahulu telahpun ditumbangkan oleh rakyat pada
PRU14 yang lalu, maka kerajaan sekarang perlu move on. Sampai bila rakyat perlu
menerima bebanan? Adakah kerajaan sekarang mahu tersungkur pada PRU15 akan
datang? Hanya pemimpin PH yang mampu menjawabnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan