Laporan akhbar Utusan Meloya 27/08/2011
NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan
a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di
Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.
Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.
Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di
hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed
Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.
Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva
Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan
seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah
dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan
Utusan Malaysia.
"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan
hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya
menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat
Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya
maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus
berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun)
Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.
Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan
kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.
Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya
keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat
Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut
perkataan 'komunis'.
"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah
kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya
secara berjenaka.
Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun
Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang
Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan.
2 ulasan:
...dulu, kini dan selama-lamanya SETAN adalah musuh kita (org2 Islam) kerana ianya akan menghasut manusia melakukan dari sekecil-kecil kejahatan hinggalah sebesar-besar kejahatan... Sekarang tugas SETAN lebih mudah kerana dia telah diambil alih oleh orang2 UMNO.
Siapa sangka orang2 agama lebih-lebih lagi mufti yg kita hormati sebagai tokoh agama dikalangan umat Islam dinegara kita pun boleh diperdayakan oleh UMNO. SYABAS UMNO anda lebih hebat dari SETAN.
Syaitan pun ada suratkhabar!... UMNO ada saham dalam akhbar nie!...
Catat Ulasan