Isnin, 11 Jun 2012

MPS TOLONG BAIKI SEGERA JALAN SUNGAI TUA B.CAVES

 Jalan berlubang yang tidak ditampal dengan sempurna di Jalan Sungai Tua berhadapan simpang ke Kg Laksamana B.Caves.

 Pelajar sekolah terjatuh dari motosikal serta mengalami luka di kaki dan mulut gara-gara mengelak lubang tersebut.
 
Bermacam-macam kerosakan jalan yang telah saya alami. Dari tayar pecah ke rim bengkok sehingga lah pernah tergolek dog kerana mengelak lubang yang berada di tengah-tengah jalan. Keadaan sebegini biasa saya lihat terjadi kepada para pengguna jalan raya sekitar Batu Caves/Selayang.


Kejadian seperti motosikal terbabas (gara-gara elak lubang), kereta tersadai di tepi jalan ( tayar pecah ) adalah lumrah bagi saya,sebagai pengguna tegar jalan tersebut (nak naik kapal,tak mampu).



Terbaru, pada petang tadi ketika saya pulang dari kerja dua orang pelajar sekolah menengah terjatuh dari motosikal gara-gara mengelak jalan berlubang di Jalan Sungai Tua, Batu Caves. Saya sekadar membantu mengangkat pelajar tersebut untuk dibawa ketepi jalan berhampiran kedai di Kg Laksamana.

Kawasan ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Sepatutnya MPS harus memantau kerja-kerja penampalan semula lubang-lubang yang telah digali oleh pihak kontraktor setelah kerja-kerja penyelanggaraan seperti memasang paip dan kabel tamat. 


Persoalannya sampai bila keadaan ini berlanjutan? Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap segala kerugian yang melibat kerosakan kenderaan dan kecederaan terhadap pengguna terbabit? Ini belum mengambil kira kerugian dari segi kehilangan nyawa orang-orang yang tidak bersalah.

Oleh itu saya bagi pihak pengguna jalan yang lain berharap agar ada pihak-pihak berwajib menyelesaikan masalah ini. Sesungguhnya, keadaan jalan yang selamat adalah harapan kita semua.

Tiada ulasan: