Jumaat, 15 Jun 2012

MEMANG BENAR UMNO KATA DAP KOMUNIS



SEPANG, 14 Jun – Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan He, yang juga setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata ketibaan He adalah atas jemputan kerajaan Malaysia dan UMNO untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara.

“Malah peminjaman sepasang beruang panda dari kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya sebelum ketibaan He di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara China dan Malaysia untuk meminjam sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland di Putrajaya.

2 ulasan:

Apco berkata...

UMNO-BN jalin hubungan dengan komunis. Apa nak hairan, mereka juga sangat akrab dengan Israel

Tanpa Nama berkata...

UMNO tuduh Anwar minta bantuan IMF,tapi Mahathir yang melutut depan IMF; UMNO tuduh Anwar geng Amerika, Mahathir dan Najib bayar komisyen juta ringgit hanya nak bergambar dengan Bush dan Obama; UMNO tuduh Anwar agen Yahudi,Najib lantik yahudi APCO jadi penasihat; UMNO dakwa Mat Sabu di mahkamah dan Bersih 3.0 konon ada anasir komunis, nah UMNO jemput Parti Komunis Cina makan di Putra Jaya.Rakyat dah masak dengan putarbelit UMNO, bila dia nak berak tengah jalan dia akan tuduh tahi lembu atas lebuhraya Pakatan yang buat. Otak bangang.