PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya
persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan
Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung
dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,”
katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.
Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.
Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.
Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.
Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.
“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.
“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.
Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton. sinar

4 ulasan:
Tak perlu minta maaf, kami memang suka.
betui tu,,nanti bawa la yang tak pakai baju dan seluar pulak ,,macam lembu sarizat tu...kan kah umdoh semua suka yang buka buka...senaman pungkuk, k-pop-,
Dah melayang RM2 juta buat bayar kat k-pop baru nak nyesal. Itulah perangai pemimpin UMNO
beliau tengah ber"wasatiyyah" ke tu????
Catat Ulasan