KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera
diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti
pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang
bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan
mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan
memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya
ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih
rakyat.
“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk
menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara)
sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang
memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti
Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Terengganu, semalam.
Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan
yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi
kepada kerajaan.
Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.
4 ulasan:
Kasihannnng....Dato' kalo la pikrang kita dpt diluaskn sdkit alangkah baiknye....demokrasi oh demokrasi kalo itu yg diamalkang...kalo ikut islam lg la x bole pakai.....kesiangggg..
Pemimpin sogok k-pop pun kita wajib sokong gak. Memang bodoh piang lah MB Ganu nie!...
Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..
Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar
http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded
Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. 4 juta anak2 muda perlu lari segera tanpa perlu berdolak dalik. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..
BUKTI * (MESTI TONTON)
~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~
~Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Terengganu Pergerakan TerBODOH Sepanjang ZAMAN~
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196
5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
p/s: copy, paste & edit dari 'Adik Sayang'
Tentera/Polis dan kakitangan kerajaan di Kelantan,Kedah, Penang dan Selangor macam mana?Inilah akibatnya bila jadi menteri tetapi buta politik hingga tak tau membezakan diantara kerajaan dan parti politik.Tentera dan kakitangan lain dibayar gaji mereka oleh kerajaan Malaysia,bukan UMNO bodooooooh...Kesetiaan hanyalah kepada RAJA dan NEGARA.
Catat Ulasan