Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.
Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.
5 ulasan:
Bukti dah ada samseng jln kebun tu merusuh! Nak apa lagi. Polis jangan jadi kuda UMNO pulak. Senang2 nak bebaskan budak melayu tak berakhlak tu. Memalukan bangsa melayu jer...
syabas dan terima kasih bob kerana anda telah membuatkan rakyat makin tidak mempercayai bn lagi....makin kerap pekara begini di ulang makin ramai rakyat yang akan menolak umno nanti,so sebelum melakukan sesuatu berfikirlan dahulu,kerana apa yang kita buat kita sendiri yang akan dapat hasilnya,jika kita melakukan perkara yang baik kita akan dapat hasil yang baik,jika tidak kita sendiri yang menanggung rugi
Tahniah kepada pengikut2 UMNO. 1Malaysia Najib ternyata gagal.
MAMTOPLAH DAYA MENGESAN YANG ADA SPESIS PENGANUT PENJILAT 1KOTE ANU WAR
MENGALAHKAN DAYA HIDU ANJING ANJING
BILA ADA BENDA KAT DEPAN MATA JE , HIDUNG ANJING ANJING PENJILAT 1 KOTE ANU WAR NI DAH TAU ,SEMUANYE BAU UMNO.
SELAYAKNYA MENGALAHKAN ANJING YANG SAMA SAMA SUKA MENJILAT KOTE(BUTUH).
.... pertanyaan ... berapa ekor anjing 1kote yang cedera atau mati akibat kejadian mlm tu....
skrip dah basi.... sekor anjing tercedera parah.. ini disahkan oleh pakar hidu anjing dari muslimah 1kote PAS.... yang naik gairah selepas menjilat 1kote anu war....
... nampak baik broooo.. tapi penjilat.....
apa tunggu lagi bawa saja kes ke mahkamah , semua dah jelas dengan perangai "hamba abdi umno" tu.
Catat Ulasan