Rabu, 10 Ogos 2011

ORANG GILA PUN TAK PERCAYA DENGAN JAWAPAN SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.

"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu SMS.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.

"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HARAP MANA-MANA NGO ANJURKAN DEMONSTRASI/PERHIMPUNAN, HANTAR MEMORANDUM KEPADA DYMM YDPA UNTUK CAMPUR TANGAN BAGI MENYELESAIKAN PENYELEWENGAN KUASA DAN PERLANGGARAN AKTA OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, SPR, DAN UMNO (PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA)SEBELUM PRU 13

Tanpa Nama berkata...

SPR Jangan bagi alasan mengarut, memang dasar pengkhianat negara, janganlah selepas meninggalkan negara (dunia) terus ke neraka pulak.

suarapakatanrakyat berkata...

Majlis Bandaraya Petaling Jaya wajar benarkan Gereja Damansara Utama terus beroperasi. baca selanjutnya di suarapakatanrakyat.com

Man Belon berkata...

Orang terencat akal pun tak percaya dengan kenyataan yang dibuat oleg SPR. Lawak antarabangsa betul puak2 pengampu UMNO nie!...

Tanpa Nama berkata...

ini semua puak-puak malaun dan jibauk.

Tanpa Nama berkata...

Tim.Pengerusi SPR ni wajar pergi sekolah TADIKA balik dan minta guru ceritakan kisah budak jaga kambing yang selalu tipu orang kampong.Kalau sudah banyak kali menipu,tak siapa nak percaya lagi.

otaklunyai berkata...

Ya Allah sesungghnya kami ini lemah dan tidak mampu melawan mereka yg zalim ini tanpa izin Mu Ya Allah... mereka yg zalim ini disokong oleh berbagai kumpulan yg jelas melakukan penyelewengan dan penipuan yg boleh menjejaskan maruah dan keselamatan masyarakat, agama Islam dan tanah air kami Ya Allah... Kami dengan segala kelemahan dan hina bermohon bantuan dari Mu Ya Allah supaya kami, anak-cucu kami dan negara kami diselamatkan dari fitnah oleh pemimpin2 kami sendiri yg berbuat zalim demi mempertahankan kuasa dan darjat mereka. Ya Allah Kau timpakanlah balasan yg setimpal dan Kau hinalah pemimpin2 yg zalim dan pemimpin2 yg berkuasa tetapi tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta mereka yg bersubahat ini agar menjadi pengajaran kepada masyarakat kami Ya Allah... Di atas segala KemuliaanMU, KebesaranMU, KegagahanMU, IhsanMU dan diatas keberkatan bulan yg mulia ini dan puasa hamba2 Mu yg teraniaya ini kabulkanlah doa kami yg terniaya ini Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin.