MOGADISHU 31 Ogos – Kelab Putera 1Malaysia sedang berusaha untuk membawa balik 11 kanak-kanak Somalia yang kehilangan ibu bapa akibat kemarau dan kebuluran untuk dijadikan anak angkat di Rumah Permata kelolaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
Untuk tujuan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Kesihatan dan Menteri Pendaftaran Somalia.
"Kerajaan di sini tiada masalah; yang masalah ialah proses dokumentasi supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak berhadapan dengan kesukaran di Malaysia,” katanya.
Katanya, sekiranya proses dokumentasi berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana cuti musim perayaan yang panjang, lawatan kedua ke Somalia akan dilaksanakan bagi membawa mereka pulang.
Abdul Azeez ditemui selepas menyampaikan bantuan pakaian dan makanan kepada 300 keluarga yang menjadi pelarian akibat bencana kemarau, di perkarangan Hospital Darul-Al Shifa di sini.
Selain itu, 18 doktor sukarelawan yang mengikuti misi berkenaan turut membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa kebuluran. – Bernama
1 ulasan:
11 je? kenapa tak bawak 11 juta???? bawak mak bapak derang sekali, nanti bila pru 13 boleh bagimmykad dan suruh mengundi bn.... mereka terhutang budi, jadi tak ada masaalah untuk beri undi!!!!
Catat Ulasan