Khamis, 7 Julai 2011

PEMIMPIN JENIS LIDAH BERCABANG

Najib pernah berkata, "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan". mstar

Dalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Nasihat” baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah makin menyampah dengan UMNO-BN. Dasar pemimpin lidah bercabang. Hari ini kata lain, esok dia kata lain pulak. Memang spesis lidah biawak.