Selasa, 12 Julai 2011

AI: NAJIB TAK LAYAK PERMAIDAIN MERAH

Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.

Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.

“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.

“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.

Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0, 1,667 telah ditahan termasuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi. mkini

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan kata karpet, tikar mengkuang pun dia tak layak dibentangkan. Rakyat didahulukan konon...

ZULU berkata...

AWATLA BANGANG SANGAT MELAYU SEKOR NI

BILA MASA ORANG PUTIH KAFIR SUKA PADA ORANG ISLAM ??????

TAK RETI TENGOK KA, DAH SEMUA NEGARA ISLAM HURU HARA DEPA PUNYA KERJA

TU PUN ADA JUGA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA NI BANGGA BILA AMNESTY KATA MACAM TU.

HANG NI BAHLOL, AWATLA BANGANG SANGAT

Tanpa Nama berkata...

ZULU, ko bangga ke dpt PM bodoh dan takut bini mcm tu. Melayu lg! Mcm tu ke perangai PM yg beragama islam?. Jgn jadi munafik la bro, bini pm pun tak pakai tudung dan bermewah-mewah tu tak ke memalukan Islam?. lu haprak la bro....Islam bukan pada nama, label atau keturunan je bro.

Lu'lu berkata...

Islam ala ZULU. Pakai tudung tak wajib, makan rasuah tak apa. Tindas rakyat, tipu rakyat pun tak apa. Itulah pemimpin kesukaan ZULU

Tanpa Nama berkata...

bodo nyerrr si mangkuk zulu tu.. kalo dh tepu tu, tepu jgk.. Umngok terok cmna pn, ttp betoi d mata dia.. bengong..!!