Selasa, 28 Jun 2011

PENGGUNA T-SHIRT KUNING JADI SASARAN


Sejak akhir-akhir ini, UMNO dan Barisan Nazional begitu fobia dengan baju berwarna kuning.

Mereka begitu takut seolah-olah pemakaian baju berwarna kuning boleh mengugat ketenteraman awam dan negara. Sesiapa sahaja yang disyaki memakai baju T kuning mesti ditangkap malah mungkin boleh didakwa.

Akan tetapi mereka akan berasa gembira apabila ramai anak muda dan golongan tua yang memakai baju T berwarna putih yang berlambangkan dacing biru karat. Anehnya puak-puak yang memakai baju seperti ini tidak pula diambil tindakan malah diberi keistimewaan pula.

Pernah suatu ketika semasa ada sekatan jalanraya, kenderaan rakan saya diperiksa dengan begitu lama dan berbagai soalan ditanya. Manakala seorang lagi rakan diperiksa ala kadar disebabkan ianya mempunyai sekaki payung berlambang dacing yang diletakkan di cermin belakang kereta.

Oh!... memang betul lah.. ada keistimewaannya bila tuan-tuan pengguna setia barangan berlambang dacing. Tapi awas!... bagi pemakai baju T berwarna kuning.

Adakah selepas ini baju T berwarna kuning bakal dilabelkan sebagai barang merbahaya selepas dadah dan senjata api? Huhuhu!...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu tandanya UMNO dah semakin takut. Polis pula jadi kuda tunggangan UMNO