Dalam masa yang sama, peserta-peserta himpunan pula bagaimanapun dilarang sama sekali mencetuskan sebarang provokasi pada himpunan iitu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan, walaupun Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan aman, tetapi pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis diyakini tetap berusaha mengganggunya dengan mencetuskan pelbagai provokasi.
Menurut beliau, tindakan provokasi dari pihak polis pada Himpunan Bersih 2.0 diyakini lebih menjadi-jadi berbanding pengalaman pada himpunan aman lain termasuk Hiimpunan Bersih 1.0 yang lalu.
Katanya, malah sebelum Himpunan Aman Bersih 2.0 berlangsung, pihak polis dan Umno telah pun melakukan pelbagai provokasi melampau.
"Terbaru, mereka telah merancang menggunakan kumpulan silat yang dipimpin oleh Omardin untuk mencetuskan provokasi. Pada hal kumpulan silat tidak sepatutnya diperalatkan seperti itu," katanya dalam pertemuan dengannya di pejabat Harakahdaily.
Pasukan silat sendiri, menurut beliau, sepatutnya tidak membenarkan dirinya diperalatkan seperti itu, tetapi faham dengan kedudukannya sebagai warisan seni negara yang sepatutnya tampil dengan budi pekerti yang mulia, sifat keadilan dan kesabaran.
Namun, kesediaan pasukan silat lincah menbiarkan dirinya diperalatkan seperti itu yang ditambah pula dengan kkenyataan Omar Din sendiri untuk mencetuskan provokasi, jelas memperlihatkan mereka nak berperang pula dengan peserta-peserta himpunan itu.
"Sebagai pewaris silat, mereka sepatutnya bukan berperang dengan rakyat, tetapi membela rakyat dan mempertahankan keadilan. Himpunan aman Bersih 2.0 diadakan untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, tetapi kenapa pula kumpulan silat hendak menghalangnya?" katanya.
Beliau juga kesal dengan tindakan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno yang turut mengganggu perancangan himpunan itu dengan turut merancang untuk mengadakan himpunan pada hari yang sama dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
"Kenapa mereka juga nak turun pada 9 Julai? Pada hal mereka boleh turun pada 8 atau 9 Julai. Ini jelas menunjukkan mereka sememangnya ingin mencetuskan provokasi pada himpunan itu," katanya.
Beliau tutut kesal kerana pihak Umno, semalam, telah pun melakukan provokasi melampau dengan mengadakan himpunan di pejabat PKR.
Pihak polis sendiri, katanya, tutut mencetuskan provokasi dari awal lagi, sehingga telah melakukan 85 tangkapan sehingga petang ini hanya kerana mereka memakai baju Bersih 2.0.
Namun, beliau yakin segala tindakan yang dilakukan itu tidak akan berjaya menghalang kebangkitan rakyat, malah ia telah menjadikan orang rramai lebih bersemangat untuk menjayakan perhimpunan tersebut.
DPPP sendiri akan mengerahkan 15,000 hingga 20,000 ahli dari setiap negeri di seluruh negara untuk menyertai perhimpunan aman itu.
"Perhimpunan itu pasti tetap diadakan walaupun cuba dihalang oleh pelbagai pihak dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan aman yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan, bagi menyuarakan bantahan kita terhadap politik kotor Umno BN dalam pilihanraya di negara kita," tegas beliau.
Sebelum itu, beliau turut meluangkan masa untuk ditemubual bagi program Persepsi Harakahdaily yang turut diadakan di pejabat Harakahdaily di sini.
1 ulasan:
Fakta kurang meyakinkan.. cuba lgai..
Catat Ulasan