Jumaat, 20 Mei 2011

PROJEK BANGANG - DAH BUAT BARU SEKARANG NAK KAJI SEMULA

Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008.

"Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih 5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat.

Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat.

Komen: Dulu sebelum buat, tak nak fikir betul-betul kesannya terhadap ekonomi rakyat. Tapi kini bila tokey-tokey dan kroni dah jadi kaya-raya disebabkan nilai 1 sen, baru sekarang sedar projek nie sebenarnya projek bodohkan rakyat.

Apa punya turrr!....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya kedai mamak nk jual ke air milo ais RM1.81 kt pgguna?

Tanpa Nama berkata...

Kalau kedai mamak tak mau beri harga sen-sen cari kedai yang memberikan harga sen-sen. Jadikan penggunaan nilai 1 sen sebagai budaya kewangan di negara ini. Walaupun leceh tapi 1 sen tetap ada nilainya.

Macam manapun Kerajaan BN ni memang Pandy Kutty sebab memansuhkan penggunaan syiling 1 sen. Apa hampa ingat tauke kedai nak rugikan diri mereka? Bodoh punya UMNO sampai tahap Pandy Kutty.

UMNO sentiasa menyusahkan rakyat berkata...

Memang terserlah kebangangan pemimpin UMNO dalam menangani isu ini. Kah!....3X

Tanpa Nama berkata...

Pasal baru perasan perkataan satu tu ada nilai. Depa buat bukan nak tanye pakar-pakar ekonomi - ego sangat.Satu malaysia rakyat kena dulu. Pencapaian depa diutamakan.

manjalara berkata...

Mereka teringat pada 1 Malaysia maka rindu pula pada 1 sen