Khamis, 5 Mei 2011

BALA PERTAMA HASIL SUMPAH LAKNAT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh salah seorang trio (3yo) 'Datuk T' berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta.

Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.

"Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham.

Begitu pun, Singham turut mengakui peranan 3yo dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

3yo yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu.

Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu.

3yo berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan.

Inilah bala pertama hasil sumpah laknat yang beliau lakukan terhadap DSAI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepuluh lagi dia akan terima dalam kubur sampai hari kiamat. Geng dia Datuk T yang lagi 2 orang tu juga tak akan terlepas selagi tidak bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

yo ler tu..saiful mcm mana lak? dah sah anwar tu penakut al-juburi.

ALahaI sI LunCAi berkata...

YALAH.. YANG TAK KENA BALA, PAS. LEPAS KALAH, KALAH, KALAH DAN KALAH LAGI.

KALAH INI BUKAN BALA TAPI UJIAN.
NAK MUNTAH AKU !

Tanpa Nama berkata...

PAS kalah bertanding tapi menang dalam tegakkan syiar Islam