Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.
"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.
4 ulasan:
Buang masa orang melayu aje perkasa yang nak binasakan orang melayu. Apa kau buat bila ada orang umno bn ambil tanah melayu digadaikan kpd bangsa lain, apa kau buat bila ada tanah melayu diambil olih kerajaan tapi bayaran tak setimpal,bangang punya perkasa jahanamkan bangsa dan negara.
Melayu yang jual Melayu. Bila dah tak laku dipersada politik tubuh Pekasam konon nak bela Melayu. Lebih teruk dari auta botol kicap. Siapa yang menyebabkan "itek mati kehausan di air dan ayam mati kelaparan di kepok padi"????????? Bukan Cina buka India....ttp umno sendiri.
Perkasam ni patut berdemo didepan
Najib baru gua respect yang hangpa
berjuang untuk orang melayu.Di Pasir
Mas sudah.Di Pasir Salak tahun ini.Lepas tu hangpa pi perbodohkan
puakx melayu hangpa di Pasir Berdengung.
Tak apa...polis tak kacau punye, kan dari spesies yang sama.Sama-sama buat kerja untuk boss.
Sama-sama CARI MAKAN.
Kata TGNA spesies cari makan ni samalah dengan spesies yang ada ekor tu.
Catat Ulasan