Ahad, 17 April 2011

ANALISIS: BN SEBENARNYA SEDANG MENANGIS DI SARAWAK

Daftar Pemilih yang digunakan bagi pilihan raya DUN Sarawak kelmarin ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang diwartakan pada 25 Mac 2011. Daftar Pemilih itu mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8).

BN berjaya memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Walaupun BN menang tetapi undian rakyat terhadap parti itu didapati merosot manakala undi untuk PR terus meningkat walaupun kalah.

Kertas undi yang dikeluarkan dan 100% dipulangkan kembali kepada pusat membuang undi adalah dari N.28 Engkilili, N.49 Nangka, N.61 Bekenu, N.23 Lingga, N.56 Baleh, N.71 Bukit Sari, N.7 Tupong, N.24 Beting Maro, N.57 Belanga, N.63 Piasau, N.66 Marudi dan N.69 Batu Danau.

Keseluruhan undi rosak sebanyak 8086 manakala undi tidak dipulangkan sebanyak 1963.

Stastik menunjukkan dari jumlah 683,034 orang pengundi yang hadir keluar mengundi, BN hanya mampu meraih sokongan sebanyak 372,379 undi, PR 262,836 undi, manakala selebihnya untuk lain-lain parti.

BN gagal mengekalkan undi yang tinggi seperti yang mereka perolehi pada PRN ke 9 yang lalu malah undi ketika ini semakin merosot.

Ini menunjukkan bahawa kemenangan BN sebenarnya adalah senyum dalam tangisan. Ternyata undi kaum cina tidak berpihak kepada mereka walaupun mereka sering gembar-gemburkan di pihak media pro BN menyatakan sokongan kaum cina semakin meningkat.

PRU13 nanti BN bakal diganyang dengan lebih teruk lagi. Nantikanlah saatnya...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun PAS kalah di 5 DUN yang ditandingi namun kita puas hati sebab undi meningkat tetapi kita jadi musykil kenapa UMNO tak bertanding di Sarawak yang kononnya membela melayu.

pakngah santan berkata...

punyalah bongong tanpa nama di atas ni. sebab umno tak masuk sarawak pasal dah ada parti yang memperjuangkan pribumi.

kesian anjing dapig ni. dapat telur omega pun masih nak salak lagi.

anwar dok bising boleh menang sarawak. tapi dia dulu seperti biasa lari macam pelesit.apa punya bacul lah pemimpin anugerah tuhan ni. temberang saja lebih.

Tanpa Nama berkata...

Apasal UMNO nak marahkan sokongan kaum cina pada DAP. Orang DAP tu bangsa cina mesti depa sokong bangsa sendiri. Bahalul betul UMNO. Habis tu, melayu nak sokong parti apa selain PAS.

GELI berkata...

KAU CAKAP BN MENANGIS

KAU TAK TENGOK KA PAS TENGAH DOK MERAUNG, BESAR KEMALUAN HINGGA MENONJOLKAN TELOR

CAKAP BERDEGOR2, LAST2 MAKAN TAIK

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurang PAS mencuba di Sarawak. UMNO? Ketuanan Melayunya perlu paspost kaler biru untuk ke Sarawak.... kalau tak jangan lintas garisan kuning imigration.

UMNO kalau bertanding di Sarawak belum tentu menang. Kalau tak percaya, PRU13 cuba minta satu kerusi MP dari Taib Mahmud - katakan padanya saja nak test power UMNO/BN di sini.... mintalah kerusi yang banyak Melayu dan Melanau.

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang berjiwa merdeka akan mengkagumi pencapaian Pakatan Rakyat.Walau dikecam,diperlekeh dan difitnah melalui pelbagai media terutama TV dan pelbagai jentera digerakkan untuk melawan Pakatan Rakyat namun bukan mudah untuk mematah jiwa & raga rakyat yang matang dan merdeka.Pelbagai sumber wang pembayar cukai dilaburkan untuk kemenangan BN.Kemenangan melalui rasuah dan penipuan dan perlindungan dari pelbagai agensi kerajaan bukan lah kemenangan mutlak dan bermaruah.Sajikan kepada rakyat kebenaran dan keadilan untuk sebuah Kerajaan Yang Bermaruah.