Rabu, 8 Disember 2010

NASIB KHIR TOYO BAKAL MALAP PADA PRU13

Kes mahkamah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo sedikit sebanyak akan menjejaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU13, menurut sumber rapat sekutu BN.

UMNO ternyata gagal meyakinkan rakyat dalam agenda serta fokus perjuangannya untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya mereka hanya mementingkan diri sendiri serta kroni.

Menurut sumber, parti itu dan rakan komponen dalam BN masing-masing mempunyai masalah tersendiri di dalam parti berkaitan dengan kepimpinan yang bergerak tidak seiring dengan wawasan Najib. Jika dibiarkan perkara ini berlarutan nescaya slogan "1Malaysia" yang dibawa oleh Najib ternyata akan menemui kegagalan.

Pendakwaan ke atas Khir Toyo semalam adalah proses undang-undang yang biasa. Beliau di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam.

Samada bersalah atau tidak, kemungkinan besar nasib Khir Toyo akan terus malap untuk dicalonkan pada PRU13 nanti. "Apa gunanya dia dijadikan calon kalau hanya untuk kita menempah kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata sumber.

Tiada ulasan: