Siapakah yang bakal menjadi Ketua Ulama UMNO yang pertama di Malaysia agaknya? Jika cadangan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu diterima pakai, maka berlakulah lobi-melobi antara para ulama di dalam UMNO yang ingin merebut jawatan tersebut yang bakal ditonjolkan.
Tapi sanggupkah mereka yang bakal menjawat jawatan itu nanti, mengeluarkan fatwa dan hukum yang ada kena mengena atau yang terkena batang hidung pak-pak menteri atau bini-bini menteri. Sebagai contoh, hukum seorang perempuan islam yang tidak menutup aurat dan hukumnya memberi dan menerima rasuah yang diamalkan pemimpin UMNO. Ada berani ke...!?
(Cadangan: Ketua Dewan Ulama UMNO)Tapi sanggupkah mereka yang bakal menjawat jawatan itu nanti, mengeluarkan fatwa dan hukum yang ada kena mengena atau yang terkena batang hidung pak-pak menteri atau bini-bini menteri. Sebagai contoh, hukum seorang perempuan islam yang tidak menutup aurat dan hukumnya memberi dan menerima rasuah yang diamalkan pemimpin UMNO. Ada berani ke...!?
Semasa membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, wakil Pulau Pinang, Shabudin Yahaya berkata walaupun kini terdapat banyak yayasan di negara ini tetapi semuanya adalah atas nama individu atau kumpulan tertentu dan tidak beroperasi dengan nama Umno.
"Kita mahu yayasan yang berjenama Umno supaya parti kita kekal relevan, barulah kewujudan Umno akan sampai ke bawah dan tetap diterima oleh rakyat.
Shabudin turut mencadangkan agar Umno mendekati ahli agama, dan jika sekiranya perlu, mewujudkan Dewan Ulama Umno bagi menjawab isu-isu tertentu.
Pada masa ini, katanya, apabila timbul isu, agensi rasmi agama mengambil jalan selamat dan tidak menolong untuk menjawab.Beliau juga berharap Umno memanfaatkan sepenuhnya media alternatif yang ada dan meramaikan blogger bagi menangkis dan menghapuskan doktrin kebencian yang ditimbulkan oleh pembangkang terhadap Umno.
3 ulasan:
salam
ada pun bekas exco pemuda UMNO hal ehawal agama kat taman aku nih pun dah kena"sound" ari tu dalam perhimpunan senyap terus
aku rasa si madey patut pegang jawatan mursyidul awam UMNO....
Rasa-rasanya gimik politik UMNO jer. Tobat depa tak berani punya wujudkan jawatan tu. Maut ulama UMNO nak jawap soalan dari ulama PAS berkaitan hukum hakam yang depa langgar semacam selama nie.
Catat Ulasan