Sabtu, 31 Oktober 2009

1MALAYSIA NAK TAHU: APA KHABAR KETUA PUTERA UMNO!... Nizar Zambry




Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon di Bagan Pinang mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon yang lalu.

Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Sampai sekarang tiada tangkapan dibuat terhadap penjenayah yang membelasah ketua Putera Umno tersebut. Kesian Azeez... penjenayah tidak sepatutnya dibiarkan lepas bebas.

Yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat 1Malaysia, apa cerita putera UMNO tu sekarang? Masih sakit lagi kah!... atau dah sihat... Sapa tau cerita nie!...

2 ulasan:

Dollah berkata...

Agaknya dia dah termalu alah kot, pasal tu malu nak keluar news. Atau dah lari pi sempadan Siam.

kembara putih berkata...

Tengah bertapa kuatkan tengkuk agar tak mudah patah. Nak jadi pemimpin kenalah memiliki tengkuk yang kuat.