Jumaat, 13 Mac 2009

Najib perlu bersih imej


Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind Singh Deo, akhbar Liberation dan wartawannya, Arnaud Dubus (awat aku rasa semacam muka dia?!! Tak gamak nak bubuh gambaq tu di sini), selagi itulah itulah rakyat seperti saya tidak mampu melihat Najib sebagai seorang yang bersih.Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"

Petikan berita 1:
"Tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan," kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan."Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya.Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan."Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan. (Rujukan berita di sini)

Petikan berita 2:
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berlaku adil kepada negara dan rakyat jika beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Perancis yang menggambarkan beliau sebagai pembohong, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.Dalam laporan Liberation baru-baru ini, Najib didakwa pernah bergambar bersama Altantuya Shaariibuu dan Abdul Razak Baginda.Timbalan Perdana Menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas."Laporan akhbar itu memalukan rakyat dan negara ini. Ia menggambarkan seorang pembohong dalam kes pembunuhan akan menjadi Perdana Menteri negara ini."Jika dakwaan akhbar itu tidak dinafikan melalui tindakan undang-undang di negara di mana akhbar itu diterbitkan, Najib bukan sahaja terdedah kepada tuduhan berbohong malah beliau juga terdedah kepada tuduhan menghina Allah apabila beliau bersumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali wanita itu," kata Salahuddin.Lebih buruk lagi, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Najib dituduh oleh akhbar itu sebagai cuba menutup kes tersebut apabila dilaporkan, beberapa jam sebelum penahanan Abdul Razak, dia menghantar satu SMS: "Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah".Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) yang dituduh membunuh Altantuya, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Memandangkan wartawan yang menulis cerita itu, Arnaud Dubus mahu menulis buku untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai pembunuhan wanita itu dan mengaitkannya dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan, Salahuddin menggesa Najib segera mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan itu dan akhbar Liberation dan membuktikan tanpa sebarang keraguan di dalam mahkamah di negara akhbar tersebut diterbitkan bahawa apa jua dakwaan yang dibuat ke atasnya adalah bohong dan tidak berasas .Salahuddin berkata, beliau bersimpati kepada Najib yang menghadapi dakwaan seburuk itu."Tetapi pada masa yang sama, rakyat dan negara ini akan dizalimi jika mereka terpaksa menerima Perdana Menteri yang didakwa pembohong, cuba menutup kes pembunuhan serta terlibat dengan rasuah."Bakal Perdana Menteri kita dituduh mempunyai sifat yang terlalu jijik dan jahat. Saya menyeru Najib supaya segera mengambil tindakan undang-undang ke atas Dubus dan Liberation kerana tuduhan tersebut amat berat serta memalukan negara ini."Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini seorang pemimpinnya dikaitkan dengan kes pembunuhan yang mempunyai kaitan dengan rasuah," katanya.Selain dakwaan tersebut, wartawan Liberation itu turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Sumber: penarik beca

Tiada ulasan: