Sabtu, 14 Mac 2009

Hina Sultan Perak sudah didakwa, hina Sultan Terengganu bila pula nak didakwa?


UMNO dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah berjaya mengesan siapakah individu yang menulis komen yang didakwa menghina Sultan Perak di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli/html melalui IP lokasi penulis. Kita mungkin memuji sikap SKM kerana bersusah payah mengesan individu tersebut melalui IP yang digunakan tetapi kita juga menjadi muykhil kenapa sudah terang lagi bersuluh kejadian menghina sultan di Terengganu dengan perkataan 'NATANG' tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang tertentu siapakah individu tersebut sehingga kini dan individu itu pun tidak didakwa sehingga sekarang!... Buta sungguh mata orang-orang UMNO yang melihat kejadian di Terengganu tempohari. Inilah yang dinamakan keadilan dalam perjuangan UMNO. Lu pikir lah sendiri!...
5 didakwa hina Sultan

Utusan Meloya. 13/03/09
Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. Di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

Rutinin Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak Adil, BN penipuan..!
BN pun derhaka, derhaka kepada keputusan Sultan Terengganu, kepada Sultan dikata binatang…! Mengapa hanya PR dikatakan derhaka bila membantah keputusan Sultan Perak?

Itulah kata2 yg sering dilaung laung oleh penyokong Pakatan Rakyat, yang sememangnya mudah diperdaya oleh pemimpin mereka, yang diketahui umum seringkali memutarbelitkan sesuatu perkara dari fakta dan bukti yang sebenar. Malah kebanyakkan daripada mereka menggunakan gambar, yang mengambarkan beberapa orang memegang sehelai kain sepanduk yg berbunyi “ kami mahu idris….. natang!” sebagai bukti.

Umum telah megetahui keputusan DUN Terengganu PRU12 8 march 2008, telah dimenangi dengan keputusan mandat majoriti diberi kepada BN, yg ketika itu dibawah naungan Datuk Seri Idris Jusuh
BN 24 kerusi
PAS 8 kerusi (pada ketika itu bukan lagi PR)
PKR 0 kerusi (pada ketika itu bukan lagi PR)

Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah yang dijadualkan 2 hari selepas 8 mac. Kemelut bertambah hangat pada 22 march apabila MPPR (Majlis Penasihat Pemangku Raja) mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Bantahan telah dibuat keesokkan harinya oleh pengikut DS Idris Jusuh, satu perhimpunan menyokong Idris Jusoh yang diadakan di hadapan kediaman rasmi MB, Seri Iman, Kuala Terengganu.

Di antara kain rentang dalam perhimpunan tersebut ada menyatakan "kami nak Idris, natang"..

Fakta: Perhimpunan dibuat didepan kediaman rasmi MB, iaitu Menteri Besar Terengganu yang baru…. Ahmad Said. Sepanduk dituju untk MB bukan sultan.

Fakta: Di Perak, bantahan dibuat depan Istana, dituju terus kepada sultan, ditambah dengan acara keganasan yang ditaja PR.

Namun kemelut berakhir dengan campurtangan Perdana Menteri setelah mengambil kira pendapat orang ramai dan istana. Malah Datuk Seri Idris Jusoh juga menerima hakikat bahawa tugas sebagai menteri besar telah diberi kepada Datuk Ahmad.

Fakta: Malah Datuk Seri Idris Jusoh telah memohon menghadap Agong, Pemangku agong dan MPPR demi memohon ampun dari pihak istana negeri dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipetuan Agong Tuanku Mizan.

Fakta: Nizar mohon DERHAKA

Walaubagaimanapun semasa kemelut pemilihan Menteri Besar Terengganu, pihak pembangkang telah berjaya mengekspoitasi senario untuk kepentingan politik mereka, dengan menggunakan gambar yang menggambarkan imej beberapa orang memegang kain rentang yang berbunyi “kami mahu idris….natang”

Akhbar dan media pembangkang dan media massa proksi pembangkang, telah berjaya mensensasikan senario kain rentang tersebut yang dilebelkan sebagai UMNO menderhaka kepada Sultan Terengganu. Yang konon dituju kepada sultan Selangor, sedangkan perhimpunan dibuat di kediaman rami MB dan dituju kepada MB baru.

Betulkah BN derhaka kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan? Persoalannya bukankah Sultan Mizan telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Negara, malah bidang kuasa baginda sendiri tertakluk kepada undang-undang negara.

Harus juga kita ketahui Tuanku Mizan telah dilantik sebaga Yang Di-Pertua Agong Negara dengan mengikut sistem penggiliran, pada 13 disember 2006 dan tempat baginda sebagai Sultan Terengganu telah gantikan oleh Anakanda Yang Teramat Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu, mengikut undang-undang tubuh Terengganu.
Tengku Muhammad Ismail, yang pada ketika itu berumur 8 tahun, dimasyhurkan pula sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) : Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja:
• Yang Amat Mulia Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
• Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
• Yang Arif Datuk Abdul Kadir Sulaiman (Hakim Mahkamah Persekutuan).
Majlis Penasihat Pemangku Raja ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf untuk mentadbir negeri Terengganu sendirian. Senario perlantikan Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Sultan telah diketahui dan diterima oleh semua penduduk Terengganu.
Baginda Tuanku Mizan pula yang telah dilantik sebagai Yang Di-Petuan Agong Negara, mengikut syarat dan undang undang persekutuan, Pelantikan Penggiliran Raja. Berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam. Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.
Sementara itu pula, dari Undang-Undang Bagi Negeri Terengganu telah dicatat:

UNDANG-UNDANG BAGI DIRI TERENGGANU 1911 (11.11.1911) DENGAN PINDAAN (DITAMBAH KEPADA UNDANG2 DIRI 1911 PADA 21.01.1948 DIKUATKUASA PADA PADA TARIKH YANG SAMA ( FASAL 1 (2)) YANG DIZIN.

FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU( YANG DITAMBAH PADA 1948)

FASAL 5 MEMPERUNTUK RAJA MEMERINTAH MENGIKUT UNDAND2. RAJA BERKUASA MELANTIK MB DAN JUA PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL10(I) DAN FASAL 14(1)(2).

PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29 MEMILIH DAN MENJADIKAN MB DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA2 HAK BAGI SULTAN (TIDAK DIPINDA)

DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948 DIPERUNTUKAN DIBAWAH FASAL 10 PERLANTIKAN MB DYMM HENDAKLAH MELANTIK DENGAN SURAT LANTIKAN YANG DITANDA TANGANI OLIH BAGINDA DENGAN MEMAKAI MOHOR NEGERI SEORANG MB MENGIKUT SYARAT2 PERENGAN (1) DIBAWAH SYARAT (2)

FASAL 14 (2)(1) DAN (4) DYMM HENDAKLAH MULA2 MELANTIKAN DAHULU MB UNTUK MENGETUAI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SEORANG AHLI DUN...

Dalam usaha memilih Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja terikat dengan Perkara 14 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan peruntukan itu hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut. Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi sebaliknya seseorang yang dipilih dan dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Fakta: Maka disini adalah dengan faktanya Terengganu ketika itu tidak mempunyai Sultan Terengganu. Maka Tuduhan BN telah Derhaka kepada Tuanku Sultan Terengganu adalah tidak benar.

Dengan fakta yang disenaraikan, adalah tidak pernah timbul apa-apa isu atau apa-apa bukti merujuk kepada kontroversi sepanduk @ kain rentang, pada hakikatnya tidak ditujukan kepada Sultan Terengganu.

Dengan fakta yang disenaraikan, dan bukti rentetan senario kejadian yang sebenarnya, adalah tidak menjadi kesalahan, dan tidak keterlaluan, bahawa hakikatnya media massa pembangkang telah berjaya mensensasikan dan memutar belitkan fakta yang ada.

Malah tidak menjadi kesalahan jika saya katakan, pemimpin-pemimpin pembangkang telah bersekongkol untuk menipu rakyat.

Secara ringkasnya, adalah pada hakikat tugas dan peranan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong Tuanku Mizan adalah mengikut Perundangan Persekutuan yang berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan . Yang pada waktu kejadian baginda Tuanku harus menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Negara.

Sementara tugas Baginda di negeri asalnya telah diserahkan kepada Pemangku Sultan (yang muda remaja) dengan bantuan Majlis Penasihat Raja (MPPR).

Maka tidak timbul isu derhaka kepada Sulatan Terengganu pada waktu kejadian

Media Pembangkang Menyerang Dengan Fitnah (atas anggapan BN Derhaka Di Terengganu)
Bermula 27 march 2008, beberapa media pembangkang memuat andaian fitnah, dimulai oleh Harakah dan diikuti oleh beberapa media proksi PAS telah menyebarkan fitnah terhadap BN dengan menggunakan isu Derhaka UMNO kepada Sultan Terengganu, sedangkan seperti apa yang bentangkan diatas, dengan mengambil kira undang2 diri Terengganu dan undang2 persekutuan, isu derhaka kepada Sultan Terengganu tidak pernah timbul.
Mengikut lapuran Harakah Daily, asas tuduhan dibuat adalah semata mata berdasarkan kain rentang adalah tidak mencukupi untuk membolehkan Harakah memfitnah UMNO menderhaka kepada Sultan Terengganu, ini adalah kerana Undang2 Diri Teranggau dan Undang2 Persekutuan dengan affirmatifnya telah menggaris pandu bidang kuasa Agong Negara, Pemangku Sultan dan MPPR.
Tambahan pula, untuk membaca anggapan “derhaka kepada sultan” yang diterbitkan oleh Harakah supaya anggapan tersebut terhadap UMNO bukan sahaja memberikan makna yang lebih buruk daripada yang biasa kepada ungkapan derhaka tetapi juga bertentangan dengan prinsip tafsiran yang mantap atas statut memfitnah dan terlalu keras dan berniat buruk terhadap BN.Seharusnya sebagai media massa, Harakah haruslah mewartakan apa-apa isu dengan menggunakan fakta dan Harakah seharusnya menilai dan memperhalusi undang2 dan dalam kes ini, undang2 diri Terengganu dan undang2 persekutuan. Dengan ini, tidak menjadi keterlaluan bahawa Harakah telah terkilaf di sisi undang-undang dengan menggunakan anggapan “Derhaka kepada Sultan”…. Dan Harakah, dan pemimpin PAS telah berniat buruk dan busuk untuk memalukan BN.

noname berkata...

Bijak sungguh pencacai UMNO memberikan hujah bagi menangkis perbuatan mereka. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Kalaulah perkataan seperti ini “kami mahu idris….. natang!” bukan dengan niat ditujukan kepada sultan Terengganu, habis tu.. perkataan itu ditujukan kepada siapa??? Kerana kuasa melantik MB adalah di atas kuasa perkenan sultan. Jika perkataan itu ditujukan kepada Ahmad Said, pada masa itu Ahmad Said belum lagi dilantik sebagai MB. Orang kampung pun faham kepada siapa perkataan itu ditujukan... melainkan orang bodoh seperti UMNO yang bodoh tahap gaban yang menafikannya.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum berbicara tanpa fakta adalah sepatutnya harus membaca dan memahami Undang2 Negeri dan Undang2 Persekutuan. Ini adalah kerana kerajaan Malaysia berpegang kepada .... Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang2... maka perlantikan Tuanku Mizan dan Tengku Muhammad Ismail adalah mengikut Undang2 Persekutuan dan Undang2 Diri Terengganu. Maka dengan itu juga kedua2 Baginda, mempunyai bidang kuasa masing2 mengikut garis panduan Undang2 Persekutuan dan Undang2 Diri Terengganu.

-Secara ringkasnya bidang kuasa Tuanku Mizan yang ditabal sebagai Agong Negara adalah tertakluk kepada Undang2 Persekutuan berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan.
-Secara ringkasnya juga dalam memilih calon Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja terikat dengan Perkara 14 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.
Dengan kedua2 fakta yang dinyatakan, maka adalah tidak menjadi kesalahan dinyatakan bahawa penyokong hina PR telah terkilaf dalam memberi taksiran bahawa Terengganu tidak mempunyai raja, atau mengingkari perintah raja.
Dengan kedua2 fakta yang dinyatakan, adalah tidak pernah timbul isu penderhakaan yang dibuat oleh BN@UMNO.
Pada hakikatnya, keseluruhan rakyat Terengganu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, telah mengetahui akan realiti pelantikan dan pertabalan kedua2 Baginda. Dan jika dilihat kes sepanduk kontroversi tersebut, adalah secara automatik perkataan "natang" bukanlah ditujukan kepada Sultan Terengganu. Malah perhimpunan tidak dibuat didepan istana.
Maka kejadian piket yang diadakan di Terengganu hanya salah paham Datuk Seri Idris dan penyokongnya terhadap MPPR. Dengan itu tidak timbul isu derhaka kepada Sultan Terengganu.
Adalah diingatkan, Datuk Seri Idris telah menerima keputusan MPPR setelah penjelasan diberikan kepadanya dan demi rakyat Terengganu khasnya, malah Datuk Seri Idris sendiri dengan sedaya upaya memohon kemaafan dari MPPR, dan memohon kemaafan dari Pemangku Raja dan Tuanku Baginda Agong, maka secara automatik jugalah kemelut bantahan dianggap selesai.

Perkara 2......
.....Sekali lagi anda telah terkilaf dalam mentafsir diantara Undang2 Persekutuan dan Undang2 Diri Terengganu. Tak dengar kata dan salah faham dua maksud yang berbeza, dan secara faktanya, bantahan bukan dibuat kepada Sultan Terengganu@Agong atau Pemangku Raja.

Perkara 3......
......Baiklah jika anda tetap mahu mengatakan BN@UMNO tetap derhaka kepada Sultan Terengganu, bukankah Datuk Seri Idris telah pun memohon kemaafan atas salah paham kejadian? Malah MPPR, Pemangku Raja dan Tuanku Mizan telah berkenan menerima permohonan ampon Idris. Bezanya dengan PR... bukan sahaja Datuk Nizar Angkuh, Si menteri lembu itu sendiri memohon derhaka, malah pemimpin PR mahu menyaman Sultan. Kalau dilihat senario ini sahaja, rakyat telah tahu siapa yang Derhaka kepada Sultan sebenarnya.

Berkata kita dengan fakta, tanpa fakta ianya sekadar omongan kosong, tanpa fakta ianya sekadar fitnah:


shalawat dan salam atas nabi kita Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam

[i]"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."[/i] ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).


Inilah bilamana nafsu mengawal kewarasan minda, finah dijaja, yang HARAM terus DIHALALKAN. Yang diajar dan yang diseru selama ini tidak diamal. Merekalah pahat dulang paku serpih.
Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya:
[i]"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."
Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim)[/i].


[i]SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217