Memaparkan catatan dengan label perhimpunan 901. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perhimpunan 901. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2012

UTUSEX: PESERTA BAWA BOM UNTUK LETUP DIRI SENDIRI

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusex hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.

Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

“Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz.

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Jumaat, 6 Januari 2012

PERHIMPUNAN 901 DIBENARKAN: TENTUKAN TIADA PROVOKASI DARI POLIS

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Khamis, 5 Januari 2012

PERHIMPUNAN 901: BERHATI-HATI DENGAN PROVOKASI POLIS

Setakat ini kira-kira 475 laporan daripada pelbagai pihak diterima polis bagi membantah Perhimpunan 901 yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan 2012.

Harus diingat, walaupun disebalik bantahan perhimpunan tersebut tetapi mereka tetap berharap agar perhimpunan tersebut tetap berlaku kerana peluang untuk mereka membuat provokasi sangat cerah.

Namun di pihak PR, mereka harus berhati-hati dengan pelbagai provokasi yang akan dihasilkan oleh agen-agen UMNO termasuk polis.

Difahamkan pihak polis sedang membuat pelbagai persiapan rapi termasuk memastikan semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dengan baik.

Kita lihatlah nanti bagaimana agen-agen mesra UMNO akan memutar berita dari fakta sebenar. PR juga harus bersedia menangkis sebarang provokasi dari puak laknatullah ini samada dalam bentuk video atau visual.