Selasa, 10 April 2018

KEMBALILAH KALAU MASIH ADA LAGI JIWA ISLAM

TUMPAT: Parti Amanah Negara (PAN) mulai hilang fokus perjuangan selepas parti itu menyertai gabungan Pakatan Harapan yang didominasi DAP.

Bekas Penasihat Syariah PAN Kelantan, Ustaz Zulkarnain Haron berkata, beliau mendedahkan kebimbangan itu sejak awal lagi ketika menyampaikan kuliah agama di Wisma Tok Guru di Dun Salor.

Katanya, ketika peringkat awal parti itu diwujud mesej perjuangan agak jelas.

Bagaimanapun, katanya masa PAN hendak bersama Pakatan Harapan, beliau mulai bimbang kerana perjuangan Islam tidak tahu ke mana-mana.

“Oleh itu saya menyeru rakan-rakan yang masih ada jiwa Islam dalam parti itu hendaklah kembali ke perjuangan asal.

“Kita sayang kepada Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub. Kalau mereka masih ada jiwa Islam kembalikan, melainkan jiwa Islam sudah tidak ada lagi,” katanya pada ceramah ‘Hanya PAS Penyelamat Ummah dan Negara’ di Kompleks Pok Din Tar Bendang Luas, malam tadi.

Ceramah pertama sempena pembubaran parlimen itu dihadirian ribuan penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang kawasan lapang di Kompleks Pok Din Tar.

Malah orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Che Abdullah Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik; Ketua Urusan Ulama PAS Bachok, Ustaz Zamri Zahari

Selain itu Timbalan Ketua Cabang PKR Gua Musang, Syed Azhar Syed Alwi, Bekas Penyelia Dun Nenggiri (bekas PKR), mantan Naib Ketua PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min dan bekas Puteri Umno Klang, Wan Asshima Kamaruddin.

Ustaz Zulkarnain yang lebih dikenali panggilan Baba Zul berkata, biar pun beliau bersama PAN seketika namun jiwanya lagi bersama dengan PAS.

Beliau menyertai semula PAS pada pada akhir Mac lepas. – HARAKAHDAILY 8/4/2018

Tiada ulasan: