Selasa, 3 April 2018

FAKE NEWS - PAS HILANG PENYOKONG DAN SEMAKIN DITINGGALKAN

BERITA PANAS.....

Kenyataan Media

3hb April 2018, Selasa

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Terima kasih saya ucapkan kepada teman teman media yang hadir pada petang ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya, Rawi bin Mohd Noor, Mantan Penghulu JKKP, Parti UMNO Gua Musang pada petang ini hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Kelantan bersama sama dengan 60 orang pimpinan UMNO Peringkat Cawangan Cawangan dan Ahli UMNO dalam DUN Nenggiri, sebagai menyatakan rasa kebersamaan kami untuk mempertahan Kerajaan Islam Negeri Kelantan dalam PRU ke 14 tidak lama lagi.


Kehadiran kami pada petang ini, hanyalah mewakili ratusan lagi ahli UMNO Bahagian Gua Musang yang juga bakal keluar daripada UMNO dalam masa terdekat.

Tuan tuan sekalian, kami orang kampung, orang Melayu yang hidupnya sehari hari sukar dan perit, dan kami telah sekian lama meletakkan harapan kami kepada parti UMNO untuk membela nasib kami, keluarga kami dan yang lebih utama untuk menjaga agama kami. Namun, setelah puluhan tahun berlalu, UMNO kami lihat sudah tidak mampu lagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam.


Justeru itu, pada petang ini, kami mengisytiharkan bahawa kami telah bosan dengan UMNO dan telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang halatuju dan fokus asal perjuangan iaitu demi membela bangsa Melayu.

Pemimpin UMNO terus bermewah mewah, boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat marhaen seperti kami. Bahkan, kelmarin, berita tentang penangkapan seorang Ketua UMNO Bahagian di sebuah kelab malam dan terlibat pula dengan penyalahgunaan dadah termasuk pil kuda, cukup memalukan kami sebagai ahli UMNO. Kami kecewa dan bersedih.

Kerajaan Najib yang popular dengan GST ini, popular juga dengan skandal 1MDB, kami rasakan tidak mampu untuk terus memimpin rakyat di Putrajaya. Sudah tiba masanya, PAS dan Gagasan Sejahtera diberi peluang untuk mentadbir negara ini.

Tuan tuan, kami pada petang ini secara jelas dan terang, mengumumkan bahawa kami semua KELUAR daripada Parti UMNO secara serta merta dan ingin memohon untuk menyerahkan borang keahlian bagi menyertai Parti Islam Semalaysia, PAS.

PAS kami yakini mampu untuk terus memperjuangkan agama Islam, nasib bangsa Melayu dan pelbagai kaum lain di negara ini dan terus tegar menentang kebobrokan dan kezaliman UMNO-Barisan Nasional.

Kelantan juga wajib dipertahankan kerana kerajaan negeri yang ada pada masa kini sudah menunjukkan prestasi terbaik dalam menguruskan rakyat. Ekonomi dan pembangunan negeri yang cukup pesat, ditambah dengan bajet surplus dan banyak penjimatan di semua agensi kerajaan, dan yang paling utama, kerajaan Kelantan adalah kerajaan sifar rasuah sejak 28 tahun yang lalu. Alhamdulillah.

Sekian.

#اوندي ڤاس
#ݢاݢسن سجهتر

Tiada ulasan: