Harga runcit petrol RON95
dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 5 sen seliter berkuat kuasa
tengah malam ini.
Ini bermakna harga baru
RON95 akan menjadi RM1.75 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.10
seliter.
Bagi diesel pula, harga
barunya adalah RM1.60.
Kali terakhir harga minyak
naik adalah pada April lalu dan harga tidak berubah selama tiga bulan.
Sesetengah pihak mengaitkan
harga minyak yang tidak berubah itu dengan pilihan raya negeri Sarawak serta
pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar di sebalik harga pasaran
minyak mentah yang dilaporkan mencatatkan peningkatan sejak beberapa bulan
lalu.
Harga minyak mentah Brent
adalah serendah AS$36 setong pada Mac tetapi secara beransur-ansur meningkat sehingga
kira-kira AS$ 48 pada bulan April dan kekal sehingga kini pada tahap yang sama.
Ringgit pada hari ini,
diniagakan pada RM3.98 bagi setiap dolar AS, sedikit lemah berbanding h pada
akhir bulan April lalu apabila ia berada pada paras RM3.93 bagi setiap dolar
AS.
Kerajaan menentukan harga
bahan api melalui apungan terurus.
Ia mengambil kira beberapa
faktor, termasuk harga minyak mentah dunia dan kekuatan nilai mata wang negara
pada bulan sebelumnya.
2 ulasan:
Dah terang lagi bersuluh..rakyat yang bodoh bangang
sekali lagi BN melakukan tugasan mengikut waktu yg tepat..iaitu di saat rakyat ingin balik kampung..dan penggunaan minyak yg banyak..tahniah BN..kali ini anda ternyata nampak cerdik..dalam bodoh dungu anda..anda ada bijaknya
Catat Ulasan