BANGI, Ahad – Keputusan
pilihan raya Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam membuktikan
kekuatan Pakatan Rakyat (PR) yang pernah ditubuhkan sebelum ini separuhnya
adalah bergantung kepada PAS.
Ini dibuktikan apabila PAS
mampu menarik undi dan sokongan rakyat meskipun berjuang secara bersendirian.
Mengulas perkara itu,
Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah
berkata, sekiranya PAS masih berada dalam PR, tidak mustahil keputusan PRK ini
akan berubah.
“Melalui PRK ini, PAS telah
berjaya membuktikan separuh dari kekuatan PR adalah bergantung dengan parti
Islam itu, selebihnya gabungan PKR dan DAP. Tanpa PAS, misi menawan Putrajaya
putih mata.
“Tahniah kepada PAS kerana
mengamalkan politik matang demi kepentingan Islam,” katanya ketika dihubungi
Ismaweb.net.
Mengulas mengenai kejayaan
UMNO semalam, Ridhuan Tee mengingatkan supaya parti Melayu itu tidak mendabik
dada dan merasakan mereka sudah kuat.
“UMNO jangan mendabik dada.
Berterima kasihlah kepada PAS kerana berjaya mengambil politik matang dan
secara tidak langsung telah berjaya menyelamatkan UMNO.
“UMNO perlu bersyukur dan
menjadi baik dalam erti kata buang segala tabiat lama seperti rasuah, kroni,
penyelewengan, salah guna harta kerajaan dan lain-lain.
“Jika UMNO terus dengan
perangai lama, tidak melihat percaturan ini sebagai satu iktibar dan ujian
Allah, adalah tidak mustahil nasib yang sama akan berulang dan menjadi lebih
buruk,” katanya.
Sambil membayangkan PRK di
kedua-dua Parlimen itu sebagai gambaran untuk Pilihan Raya Umum ke14 akan
datang Ridhuan Tee berkata, parti politik Melayu mesti meletakkan kepentingan
Islam di hadapan dalam apa jua keputusan untuk mengecutkan ultra kiasu.
“Kenali musuh sebenar. Musuh
sebenar adalah ultra kiasu iaitu mereka yang menentang segala agenda Islam
termasuk Rang Undang-Undang 355 dan hak Melayu di buminya. Hadapi musuh ini
jika umat Islam mahu selamat,” katanya. Sumber: http://www.ismaweb.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan