Pada
hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar
yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan
Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru
Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.
Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).
Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;
وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ
yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"
Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.
Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.
Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.
Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.
Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.
Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.
Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10! sumber
1 ulasan:
mengapa masih ramai ustaz dan ustazah yang masih memeluk tiang seri umno lagi?
Catat Ulasan