ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak
melakukan apa-apa siasatan dakwaan rasuah bernilai RM1.3 juta
membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md
Nor.
Pengarahnya, Mohamad Yusoff Akobe berkata, SPRM tidak
memanggilnya untuk siasatan kes rasuah malah tidak menerima sebarang
laporan mengenai kes rasuah yang mencecah RM1.3 juta.
"Setakat ini, SPRM tidak menyiasat kes rasuah seumpama itu," katanya ketika dihubungi semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, blog pro-Umno mendakwa Muhammad Sanusi
ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. (link blogger penfitnah)
Namun Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan
dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan dan
perangkap politik musuh, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak
tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.
"Saya didakwa berada dalam lokap SPRM sedangkan ketika itu saya
menghadiri program bersama Menteri Besar, yang menyampaikan sumbangan
Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya.
Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd
Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan
disiasat SPRM.
Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat menghubungi Mohd Puat untuk
mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu kerana difahamkan beliau
kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenainya.
2 ulasan:
Saman! Kes ni gerenti boleh dapat duit free. Nanti boleh masuk tabung pilihanraya Pakatan Rakyat.
Padan muka padijantan. Kan dah kena saman...
Catat Ulasan