Suruhanjaya
Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa
semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan
awam.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
- Bernama

3 ulasan:
Bukti bahawa peluang pekerjaan semakin berkurangan di tanah airku.
UMNO-BN sering berbohong mengatakan 60 ribu jawatan kosong pada tahun lepas. Habis tu apa cer dengan lulusan ijazah, apasal susah nak dapat kerja. Memang kerja bodoh
Inilah akibatnya apabila semua pelajar sama ada layak ataupun tak layak disumbat masuk untuk belajar ke universiti.
Semua ada ijazah, siapa nak kerja jadi boss siapa nak jadi buruh?
60 ribu tu kebanyakkannya kerja-kerja buruhlah. Last-last warga asing memenuhi jawatan tu.
Yang pasti kebanyakkan pelajar menghadapi masalah hutang dengan PTPTN.
Catat Ulasan