KUALA LUMPUR 3 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.
Beliau berkata, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.
"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas,” kata Najib dalam Twitter terbarunya.
Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.
Laporan itu juga menyebut mengenai “seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 di WA (Barat Australia)”.
Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.
1 ulasan:
Siapa boleh percaya bahawa Najib tak berbohong setelah pembohongan yang dilakukan di Bersih 2.0.
Catat Ulasan