“Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, ketika berada keadaan lemas, apa sahaja mereka akan lakukan.Menurutnya, jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan.
Katanya, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik, maka mereka akan menggunakannya.
Sekarang, kata beliau isu kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.Menurutnya, rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Terengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusoh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.
“Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?” soalnya.
Katanya lagi, mungkin pemimpin Umno lupa dan PAS cuba memperingatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu.
“Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan