Sabtu, 8 Oktober 2011

BILA NAK BERTAUBAT! GUA TUNGGU PENCEN...

Senario kakitangan kerajaan ketika berumur 60 tahun

Pro dan kontra apabila umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Pelbagai kemungkinan masalah yang akan timbul apabila ianya dilaksanakan.

Pertama, lambakan siswazah sedang mengganggur berjumlah ratusan ribu itu akan lebih parah lagi kerana terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan kerja.

Kedua, prestasi pekerja lanjut umur itu tidak akan sama dengan prestasi mereka yang muda dan segar segalanya.

Ketiga, kenapa kerajaan harus membazirkan membayar gaji maksimum apabila ditambah dua tahun lagi, sedangkan kita boleh ambil tenaga pekerja yang muda dengan gaji minimum dan lebih aktif itu?

Keempat, apabila seseorang itu berusia 60 tahun, kebanyakan kakitangan ini tidak begitu cekap dalam penggunaan pengendalian komputer dan sistem canggih lain di pejabat.

CUEPACS sepatutnya berjuang bagi kenaikan gaji untuk ahli-ahlinya, terutama sekali yang berpendapatan rendah dan bekerja pula di bandar-bandar besar, bukannya perjuangkan masalah orang hendak pencen.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHA

LU SEKOLAH KA TIDAK MAMAT ???????

KALAU CEMBURU CAKAPLA TERANG2

BAJET NAJIB POWER GILER,,,BLOGGER2 PAKATAN HARAM TAK BERANI NAK KATA PA DAH......

PAKATAN HARAM DAH SENAK PERUT

aidono berkata...

sebenarnya kerajaan untung banyak terus panjangkan umur persaraan hingga 60 tahun, sebab orang yang bersara umur 60 tahun ni kerajaan sebenarnya bayar separuh gaji sahaja.

Macammana pulak separuh gaji? Camni.. apabila seseorang ktangan tu dan capai tempoh "cukup servis" (cukup sevris tu 25 tahun perkhidmatan)mereka ini sebenarnya dah layak mandapat pencen penuh (separuh gaji) dengan maksud jika gaji mereka RM3000 kalau mereka duk saja dirumahpun dah dapat RM1500.

Jadi apabila mereka masih lagi berkhidmat maka mereka hanya dibayar separuh gaji sahaja lagi. Kalau ambil orang baru mereka kena dibayar gaji penuh termasuk dengan caruman kwsp. Otai2 ni dah takdak kwsp.. so berapa banyak KERAjaan untung.

Yang cuepacs bodo pi perjuangkan umur bersara 60 ni bukan tulung rakyat (ahli cuepacs) tapi tulung KERAjaan sebanarnya.

Ni yang kata "bodo tak boleh diajaq, cerdik tak boleh diikut".
sapalah yang pi lantik omar osman jadi presiden ni.. haprak sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Aku suka sgt katun tu....

Pada aku yang dah meningkat senja ni, sepatutnya x perlulah menaikkan taraf pencen sampai ke 60.

Sebaiknya bantu mereka dalam mengendalikan perniagaan. Kerajaan juga patut bayar elaun kepd warga2 yang dah pencen ni.

Di usia emas ni sepatutnyer mereka banyak menghabiskan masa untuk akhirat bukan duniawi.
Kalau msih berkerja tentu stress dan ini mempercepatkan kematian.
Tak merase pulak duit kwsp/pencen.