Rabu, 16 Mac 2011

LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA: ANTARA RUNTUH ATAU BOCOR

Bina stadium pun runtuh, apatah lagi loji nuklear. Boleh beri jaminan ker loji tu tak bocor atau runtuh! Hahaha!.... Ambillah iktibar dari pengalaman yang lalu. Jangan jadikan rakyat menderita kemudian hari.

Malaysia, yang merancang membina dua loji tenaga nuklear akan mengambil iktibar dari Jepun yang dilanda kebocoran radiokatif setelah negara itu dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami, minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengkaji program nuklearnya berikutan apa yang dialami Jepun jelas tidak memberikan jawapan yang terus terang.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya. Muhyiddin bercakap kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di Putrajaya hari ini berkata agensi tempatan akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan di dua loji tenaga yang dijadual dibina di negara ini.

Kebocoran radiokatif di Fukushima, Jepun.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Andai kata loji nuklear Malaysia dibina dan menghadapi masalah seperti di Jepun. Aku berani pancung kepala unta, bahawa Najib & menteri-menteri kabinet dan family akan terpa dulu ke airport untuk cabut lari dengan apa saja flight yang ada di terminal. 'Tinggallah Rakyat Yang Didahulukan untuk Pencapaian Najib dan Rosmah 'terdiri dari penyokong BN dan Pakatan Rakyat, penduduk rantau Asia dan Australia untuk menyedut debu radioaktif dari loji nuklear hasil dari 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional'.

Tanpa Nama berkata...

Bukan stadium aje yang runtuh,jangan lupa atap bangunan parlimen,hospital,makmal sains,sekolah,jejambat hala keSg.Buluh,Markas Tentera Laut diJohor,kalau nak buat senarai no problem.Yang kecik-kecik ni pun tak mampu nak bina,ada hati nak bina reactor nuklier pulak.
Utusan Meloya hari ni kata,kabinet akan buat keputusan.Kabinet mana? Kabinet dapor atau kabinet yang kena tipu Tun Lee atau kabinet penyamun tarbus?

Hantu Kak Limah Balik Malam berkata...

Mantan PM Tun Mahathir pun tak setuju andai loji nuklear dibina di Malaysia. Kerana apa katanya kita belum mampu dan tiada kepakaran untuk mengendalikannya.

Malaysia perlu belajar dari iktibar negara Rusia dan Jepun.