Rabu, 13 Oktober 2010

KATAK ADA 2 LAGI DARJAH GELARAN 'DATUK'

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran, cuma gelaran 'Datuk' jer yang dilucutkan tapi gelaran 'katak' masih kekal kan!...

Tanpa Nama berkata...

Jangan geraran katak dilucutkan sudahlah,itu gelaran rakyat yang bagi kerana dia dia pencinta haiwan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Minta minta Tun Khalil Yaacob - Melaka tidak tarik balik gelaran Datuk Melaka daripada Tok Him PERKASA. Khalid Ibrahim Selangor pun tak berani nasihatkan Sultan Selangor untuk tarik balik gelaran Dato' yang telah Tok Him terima.

Negeri Kelantan, memang kita dah tahui Nik Aziz marah Tok Him kerana, bertanding atas nama PAS jadii Wakil Rakyat Bebas.

Tanpa Nama berkata...

Tok Him sampai sakit jantung akibat gelaran Datuk ditarik balik oleh Sultan Kelantan