Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.
Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.
4 ulasan:
IFF anjoran Rosmah ni sudah kehilangan seorang model bernama Aminah@Altantuya.
Kenapa Ularmak UMNO diam membisu tentang isu ini. Teringin aku nak dengar komen dan ulasan Dr Mashitah, Jamil Khir dan Harussani.
Jangan jadi macam remote control. Bila dipicit baru nak berfungsi.
ULAMAK UMNO KATE TAKPA.... TAKPA.... PULUS MASUK... TAKPA...
alam bro...tolong siasat betul2 ..jangan main tuduh je..walaupun rosmah tu aku pun tak suka..tapi tak perlu lah buat fitnah macam ni..nanti diri sendiri yang malu kan dah dpat dosa..tu sebenarnya gambar tu kat tempat lain.
Sila tengok kenyataan disini http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555
Catat Ulasan