Berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, maka satu lagi PRK bakal berlaku.
Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.
Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor yang lalu menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.
Telah menjadi afdhal bagi Umno-BN. Semua ini cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.
Selepas ini juga pak cik mak cik di DUN Galas tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!
Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.
Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.
Maka dengan adanya PRK kali ini, Umno-BN sudah pastinya berkira-kira mula untuk menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor yang lalu menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.
Telah menjadi afdhal bagi Umno-BN. Semua ini cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.
Selepas ini juga pak cik mak cik di DUN Galas tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!
3 ulasan:
Saya rasa tiada projek segera akan dilaksanakan di kawasan tu kerana um-NO yakin akan kalah. Jadi buang karan buang duit saja mereka melabur kat situ.
Boleh percaya ke... UMNO tak rasuah bro!...
Friday, October 1, 2010
PAS dah panik, Tahu kalah di Galas
Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.
Katanya :
PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya
Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.
Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.
Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini
Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .
Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.
Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.
Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.
Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM
Catat Ulasan