Isnin, 6 September 2010

Slogan 1Malaysia Najib jadi cacamerba akibat kebangangan iklan di TV3/4


Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.

Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....

Apa yang depa buat..
Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
jenis lidah biawak macam LGE.

Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
Ajak manusia buat kebaikan.
Yang tidak betul, perlu dinasihat.

Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
kih.. kih...

Bagaimana nak perintah negara.
Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.

Kata dulang, paku serpih.
Mengata orang, PAS YANG LEBIH.

dlines berkata...

kesian sahabat ini jangan celupar mulut tu.nanti tak pasal2..dapt dosa aje.kalau tak tahu nak ulas ape2 baik diam aje,betulkan diri sendiri tu,

Anak Muda Benci UMNO (AMBU) berkata...

Tanpa Nama 10:10 penyokong Yahudi laknatullah rupanya. Sebab tu dia suka pada orang yang buat benda kufur apabila menyokong iklan orang islam bersongkok terbang guna kenderaan ala santa klause.

SiamangBukit berkata...

Alamak! aku baru tengok Jula Juli Bintang Tujuh dan Laksamana Bujang Lapok. Banyak unsur syirik jugak rupanya.
Mungkinkah Santa Claus meniru konsep Israk Miraj. 'Buraj' nya ditarik oleh rusa kutub