Jumaat, 27 Ogos 2010

BURUKKAN NEGARA BERDOSA, BURUKKAN ANWAR TAK PA!...

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Individu yang berniat jahat memburuk-burukkan negara dengan harapan masyarakat luar memandang rendah dan tidak menghormati tanah airnya boleh dianggap melakukan kesalahan besar dan berdosa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam amat memuliakan orang yang mati mempertahankan negara.

“Mempertahankan negara adalah jihad. Orang yang mati syahid ketika berjihad sangat mulia kerana tidak perlu dimandi, dikapan atau disembahyangkan. Utusan Meloya

Menurut Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata individu yang berniat jahat memburuk-burukkan negara dengan harapan masyarakat luar memandang rendah dan tidak menghormati tanah airnya boleh dianggap melakukan kesalahan besar dan berdosa.

Namun beliau mungkin terlupa ataupun saja buat-buat lupa untuk beri pendapat yang sama apa pula hukumnya menfitnah atau dengan niat memalukan seseorang individu muslim seperti DSAI dalam siri drama liwat bahagian 11.

Aku tergelak berguling-guling bila dengar pendapat dari menteri-menteri UMNO pasal hukum demokrasi terpimpin. Kah!...3X

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri UMNO memang lagu tu...

otaklunyai berkata...

biasa lah tu kalau namanya penyokong ubn... belajo ugama tinggi-tinggi pangkat pun tinggi tapi otak barai... sebab ada kepentingan ... sanggup jadi bodo dunia akhirat nak mengejar kemewahan dunia yang sedikit... kalau kena banatng hidung dia semua halal semua afdal semua baik tapi kalau orang lain tak patriotik lah, pengkhianat lah itulah inilah ada saja hujah putah belit nak menyalahkan orang yang menentang, sampai sanggup gadaikan Agama untuk menjadi alat pemerintah yang zalim... Pengetahuan Agama tinggi tapi sayang tak mendapat Hidayah Allah... jadilah sesat lagi menyesatkan... Nauzbillah

Tanpa Nama berkata...

Wuii!! Minah yang 2 orang tak tutup rambut tu Islamkah? Kalau Islam tak teringinkah Mamat ni nak tegur? Atau memang dia suka macam tu?

Tanpa Nama berkata...

berfikir sejenak, baik sgt kah kita?.... byk lg cacat celanya... 2 x 5 saje....