Khamis, 12 Ogos 2010

RAMADHAN: SEPATUTNYA BANYAKKAN BERTAUBAT

Ramadhan, bulan jaminan kemenangan yang sudah pasti bagi setiap pejuang. Kemenangan keatas syaitan, kemenangan keatas nafsu syahwat dan kemenangan keatas sebarang kejahatan, kerana itulah kehadirannya disambut dengan perancangan yang teratur, bukan rancangan mengatur menu makanan dan hidangan, bukan rancangan menempah pakaian hari raya yang akan menjelang,tetapi persediaan iman, persediaan doa dan persediaan ilmu, untuk digunapakai disepanjang ramadhan, bagi meraih keuntung yang dijanjikan iaitu "Takwa", teman setia seorang hamba dalam perjalanan menemui tuhannya.

Firman allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 183:

"Wahai orang yang beriman!, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Baginda rasulullah s.a.w ketika menyambut kehadiran bulan yang mulia ini ada bersabda:

"Telah datang kepada kamu bulan ramadhan, penghulu segala bulan, selamat datang ramadhan!".

(Riwayat al-baihaqi)

Para solihin dahulu, mereka berdoa kepada allah s.w.t memanjangkan umur mereka, membolehkan mereka bertemu dengan ramadhan akan datang dan selama enam bulan pula selepas ramadhan mereka berdoa agar allah s.w.t menerima semua amalan yang telah mereka kerjakan sepanjang ramadhan. Ini bererti benih ketakwaan ramadan bercambah dalam hati dan jiwa mereka.

Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan ramadan bagi tujuan mengharapkan keampunan allah pada sepanjang ramadhan. Semoga ramadan tahun ini lebih bermakna dari ramadan yang sudah-sudah.

Antara cara-cara yang mereka lakukan:

1- Berdoa agar allah s.w.t menyampaikan kita kepada ramadan ini dengan sihat sejahtera, supaya dapat kita jalani ibadat puasa dengan cergas dan sempurna. Sabda rasulullah s.a.w:

"Anas bin malik r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w apabila masuk bulan rejab baginda berdoa:

Ya-allah !, berikanlah keberkatan kepada kami disepanjang bulan rejab dan sya'aban dan sampaikanlah kami kebulan ramadan"

Bersyukur kepada allah s.w.t apabila sampai kepada bulan ramadan,bergembira dengan kedatangan ramadan.Rasulullah s.a.w setiap kali apabila tiba ramadan memberitahu para sahabat berita gembira itu. Merancang dan membuat jadual harian ibadat. Berazam mengambil kesempatan sepenuhnya untuk beribadat sebanyak mungkin. Firman allah s.w.t:

"......maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada allah (dengan mematuhi perintahnya), tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka".

(Muhammad 21)

Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadat puasa, agar ibadat puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh allah s.w.t. Berazam meninggalkan segala maksiat, bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh, ramadan adalah bulan bertaubat. Menyediakan diri dari segi rohani dan jasmani, dengan membaca bahan-bahan bacaan mengenai ibadat puasa atau menghadiri majlis ilmu dan tazkirah disurau atau masjid.Bersedia untuk menyertai apa-apa program dakwah sepanjang ramadan seperti memberi ceramah atau tazkirah pendidikan,menyebar risalah-risalah ramadan dan lain-lain lagi. Membuka lembaran hidup baru dalam bulan ramadan, iaitu:

- Membanyakkan bertaubat kepada allah s.w.t, dengan mentaati ajaran rasulullah s.a.w dan menjauhkan larangannya,dengan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama saudara-mara dan keluarga, dengan berbakti apa cara jua pun kepada masyarakat.


Provokasi terbaru UMNO terhadap PR

Ini bukan kerja orang UMNO ker...!?



Penyokong UBN ketika protes di Ipoh suatu ketika dulu.

Memperdaya pengundi dengan wang palsu demi meraih sokongan.

Contoh perbuatan penyokong UBN menconteng dinding mesjid di Matang, Taiping semasa PRK di Bukit Gantang yang lalu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO tak buat kerja macam nie bro!...
Kah!...3X, sambil ketawa tergolek-golek.