Memaparkan catatan dengan label zambry mb haram perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zambry mb haram perak. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mei 2012

HOT!... NAIB KETUA PEMUDA UMNO KAMPAR NAIK MINYAK


BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Isnin, 1 Februari 2010

ZAMBRY SEMAKIN TERTEKAN, JANGKA HAYATNYA AKAN BERAKHIR PADA 9 FEB


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa menteri besar Perak yang sah pada 9 Feb ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.

Terdahulu dalam wawancara itu, Zambry berkata fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak dan bukannya terheret ke dalam permainan politik pembangkang yang tidak berkesudahan.

"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Zambry yang dilantik Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Feb lepas menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya.

- Bernama

Khamis, 28 Januari 2010

KERAJAAN HARAM DI PERAK SEMAKIN GELISAH MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH 9 FEB 2010


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.