Memaparkan catatan dengan label umno parti kitar semula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno parti kitar semula. Papar semua catatan

Isnin, 1 Mac 2010

KELUAR UMNO MASUK UMNO NESCAYA ANDA AKAN DIPANDANG MULIA

N3 kali ini gua cilok dari blog pro Umno yang kecewa dengan situasi yang melanda parti biru karat mereka. Trend kemasukan ADUN atau MP dari PR dilihat seolah-olah UMNO-BN sebagai parti kitar semula. Tetapi harus diingat, mereka yang keluar masuk parti UMNO ini sebenarnya berasal dari tong yang sama. Bezanya ada yang terdiri dari kertas, tin dan botol. Baca selanjutnya...

1. Hari ini seolah menjadi satu trend, apabila kamu asalnya ahli Umno, kemudian menyertai parti pembangkang dan akhirnya masuk kembali ke dalam Umno, maka kamu akan dijulang laksana 'hero'.

2. Kamu akan dijemput memberikan ceramah untuk mem'bantai' parti pembangkang, mendedahkan maklumat sulit kononnya parti pembangkang tak berguna satu sen pun, seolah kamulah pejuang sebenar kerana berani mempersoalkan kredibiliti parti pembangkang yang pernah kamu sertai, lantas keluar daripada parti pembangkang dan seterusnya menyertai Umno; Demi perjuangan Melayu & Islam yang sebenar?

3. Hek..eleh...ayat tak bleh blah!

4. Nama-nama seperti Ezam, Zahid Md Arif, Anuar Shaari, bla...bla...bla...dan yang terbaru Fairus Khairuddin (kengkawan di UIA cakap mamat ni belajar pun tak habis) adalah 'spesis penjilat ludah sendiri'.

5. Dulu caci maki, ludah, jijik, keji, hina, kutuk, fitnah etc. adalah 'zikir' mereka menghentam Umno dan BN.

6. Sekarang spesis yang sama kononnya sudah insaf, sanggup tinggalkan parti pembangkang yang kononnya demi perjuangan untuk sertai Umno. Apa Umno ni parti himpun sampah sarap ka?

7. Dan pemimpin Umno yang bebal dan singkat akal akan mengalu-alukan kehadiran mereka itu menyertai Umno, diarak keliling negara untuk berceramah, menjadikan mereka VIP secara tiba-tiba, sedangkan mereka asalnya adalah musuh Umno nombor wahid.

8. Kalau begitu, eloklah disarankan kepada ahli-ahli Umno agar keluar parti beramai-ramai, daftar jadi ahli parti pembangkang selama setahun dua, kemudian keluar dan sertai semula Umno. Teori mudahnya, pasti anda akan dijulang sebagai 'hero' dan jadi terkenal serta merta.

9. Boleh ka lagu tu???

10. Bak kata seorang veteran Umno, "Awat Umno ni hopla sangat? Pi jemput depa yang pernah memfitnah dan memburukkan Umno untuk berceramah pada orang Umno tu apa pasai? Depa ni umpama orang murtad, pastu masuk Islam balik dan nak ngajar orang Islam pasai Islam. Akai ada ka?"

11. Jika 'spesis jilat ludah sendiri' ni setakat nak berkongsi maklumat/rahsia bekas parti pembangkang kesayangan mereka tu dengan orang Umno, ia sesuatu yang digalakkan.

12. Tetapi jika mereka diberikan layanan VIP, dijulang umpama pendekar...tang tu ada masalah sikit.

13. Umno dikatakan parti keramat orang Melayu, namun parti keramat apa kalau dok agongkan orang yang pernah membusukkan keramat?

14. Cukup-cukuplah tu. Kok 'spesis penjilat ludah' tu rasa insaf dan bertaubat, baguslah. Bimbinglah mereka ke arah kebenaran. Cukuplah setakat itu. Janganlah diagongkan mereka sangat. Nanti ramai ahli Umno yang begitu setia menjadi tawar hati. Pemimpin Umno kena ingat bahawa kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu adalah disebabkan sebahagian besar ahli Umno dan BN 'kecil hati' dengan pemimpin pada masa tu. Jangan biarkan sejarah berulang.

15. Cukuplah ahli Umno di peringkat bawahan diminta untuk tawaduk dengan rakyat. Tak payahlah nak suruh ahli Umno akar umbi merendahkan darjat dan taraf mereka pula untuk menerima dengan terbuka 'spesis tarak prinsip' tu.

Selasa, 3 November 2009

UMNO: PARTI KITAR SEMULA Nizar news


KUALA LUMPUR, 2 Nov: Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.

Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.

Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.