Memaparkan catatan dengan label mohd safuan hilmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mohd safuan hilmi. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mei 2012

KAMI SAYANG POLIS KERANA....




Disebabkan beliau seorang mahasiswa pro PR, Khalid Mohd. Ismath ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid ditahan selepas dipercayai mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh.

Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.

 FB pro PR - Ditangkap tidak sampai 24 jam kerana kes berat


Jumaat, 30 April 2010

SETAN TAJAAN UMNO SANGGUP JADI PEMBUNUH


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.


Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.


Sumber