Memaparkan catatan dengan label dun manik urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dun manik urai. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mei 2009

Projek "Mee Segera" mungkin akan dipindahkan dari Penanti ke Manik Urai

Wanita Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar BN meletak calon wanita untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kelantan yang kosong berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut, Ismail Yaacob semalam.

“Sekiranya beliau (calon wanita) menang, ia akan menjadi sejarah kepada BN, di mana wanita boleh menang kerusi khususnya di Kelantan,” kata Ketua Wanita BN, Senator Kak Ijad di sini hari ini.

Di Putrajaya, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbincangan mengenai calon akan diadakan setelah BN menerima senarai calon.

Datuk Mustapa Mohamed pula berkata BN mempunyai potensi dan peluang untuk menang kerusi DUN itu berdasarkan pada keputusan pilihan raya umum 2004.

A-I-B: Potensi untuk mendapat projek mee segera juga cerah jika dibandingkan dengan DUN Penanti.

Jumaat, 22 Mei 2009

UBN TAK PERLU TANDING DI DUN MANIK URAI


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira jam 5.55 pagi tadi di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut hari ini.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986 sehingga lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut kecuali pada tahun 2004.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Berikutan kematian ADUN tersebut adalah dinasihatkan agar UMNO-BN juga mengambil pendekatan supaya tidak bertanding sepertimana keputusan yang diambilnya baru-baru ini di DUN Penanti. Jikalau UMNO-BN bertanding juga, kemungkinan besar kekalahan kali ini adalah lebih besar berbanding dari majoriti pada PRU12 iaitu 1,352.

Jika benar Najib mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini tak usahlah bertanding di DUN Manik Urai dan berilah kemenangan percuma kepada PAS tanpa perlu ada pertandingan. Ada berani!...