Memaparkan catatan dengan label SYABAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SYABAS. Papar semua catatan

Selasa, 15 Januari 2013

GANGUAN BEKALAN AIR - PENGGUNA JADI MANGSA KEADAAN

 
Belumpun reda kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu, Syabas mengumumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di lima kawasan lain yang disebabkan Loji b Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan operasinya berikutan pencemaran di sungai itu.
  
Ketua Pegawai Operasi Syabas Datuk Ir Lee Miang Koi berkata kawasan terlibat ialah Petaling membabitkan 118,000 akaun, Hulu Langat (125,000), Sepang (65,000), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000).
  
"Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass, terpaksa dihentikan operasi sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi kerana mengesyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.
  
"Pada masa ini, Syabas sedang mengenal pasti kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan ekoran langkah menghentikan operasi loji itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna supaya mengurangkan penggunaan air selain menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
  
Lee berkata Syabas juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih diurus oleh kerajaan negeri.
  
Beliau berkata kerjasama itu juga perlu kerana aset Syabas masih terikat dengan insiden gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju.
  
"Memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri menerusi Lembaga Urus Air Seangor (LUAS), maka adalah wajar untuk Syabas mendapatkan kerjasama ini," katanya.
  
 Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 24 jam 1800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222 selain menggunakan laman Twitter dan Facebook yang disediakan.
  
- Bernama

Isnin, 6 Disember 2010

"RAKYAT DIDAHULUKAN" - ADA UMNO-BN KESAH!..

Perhimpunan aman untuk mengiringi Menteri Besar Selangor yang bertukar kepada acara mandi beramai-ramai akibat ditembak oleh meriam air FRU, dan berpedih mata serta kerongkong akibat gas pemedih mata di ibu kota hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat dan orang ramai (termasuk warga asing).

Kalau dilihat inilah kali pertama ada syarikat swasta seperti SYABAS yang berani menentang kerajaan negeri seperti kerajaan Negeri Selangor. Malah Menteri Besar yang memegang tampuk kepimpinan negeri juga terpaksa bersusah payah berdemo bersama-sama rakyat!

Kalau dulu, biasanya rakyat berarak di jalanraya kerana menentang kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia secara keseluruhannya. Tapi senario kali ini lebih pelik kerana kerajaan Selangor terpaksa berarak pula untuk menentang sebuah syarikat Swasta iaitu SYABAS.

Syarikat Air Selangor, SYABAS mahu menaikkan harga air Selangor sebanyak 37%. Tindakan ini dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana ia disifatkan membebankan rakyat. Oleh kerana SYABAS terus berdegil, dan mahu juga menaikkan harga air, maka rakyat dan Kerajaan Negeri (diwakili Menteri Besar Selangor) berarak bersama-sama mahu menghantar memo kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Kerajaan negeri Selangor tidak mahu rakyat terbeban membayar kos air yang tinggi kepada syarikat air swasta, SYABAS maka mereka menuntut untuk mengambil alih kuasa pengurusan air Selangor dan membatalkan penswastaan air Selangor yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Jelas sekali Selangor mendahulukan rakyat di dalam isu ini.

Najib Razak, Perdana Menteri di dalam petikan ucapannya di dalam Berita Harian juga seolah-olah menyokong dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mementingkan nasib rakyat! Najib di dalam ulasannya menyokong Kerajaan negeri.

Namun rakyat harus kesian Perdana Menteri Najib. Di sini jelas sekali bahawa Najib terpaksa berpura-pura menyokong rakyat di dalam isu air ini sambil melepaskan tentera suruhan mereka (FRU) untuk menyerang rakyat yang berarak walaupun secara aman. Namun ia mungkin bukanlah kehendak di hatinya, dia dalam dilema dan terpaksa berbuat begitu. Rakyat kena faham, Najib terpaksa!

Perdana Menteri Najib Razak yang bijak perlu berpura-pura seperti menyokong rakyat di dalam ucapannya bagi menggambarkan beliau sentiasa konsisten kepada slogan "rakyat didahulukan" yang dilaungkan olehnya setiap hari. Namun dalam masa yang sama beliau harus menjaga hati rakan baiknya Tan Sri Rozali Ismail yang kini sedang melobi untuk menjadi pengerusi Felda. Persahabatan adalah penting, rakyat harus paham tentang persahabatan Najib.

Lagi pula harga air di negeri lain yang menyokong Barisan Nasional di Malaysia sudah lama dinaikkan. Maka Najib mahu negeri Pakatan Rakyat juga turut mengikut negeri-negeri Barisan Nasional yang memiliki harga air yang sedia mahal. Dengan harga air yang mahal bagi setiap negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Pakatan Rakyat, barulah menggambarkan konsep Satu Malaysia apabila satu Malaysia harga air mahal. Maka rakyat harus menjaga air muka Najib dan Barisan Nasional.

Rakyat Selangor harus mengikut sikap rakyat Johor bagaimana mereka menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional Johor. Rakyat Johor langsung tidak membantah kerajaan Johor menaikkan harga air mereka dari tahun ke tahun sehingga mereka kini memiliki harga air yang paling mahal di dalam Malaysia. Namun mereka tidak pernah merungut. Rakyat Johor pandai menjaga air muka UMNO Johor. Lihatlah bagaimana Rakyat Johor sanggup berkorban demi UMNO! Sumber