Memaparkan catatan dengan label Himpunan BERSIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Himpunan BERSIH. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0 - KPN TAK TIPU, LAYAN MACAM KENDURI KAHWIN

Ketua Polis Negara - "Semua penunjuk perasaan yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara menerima layanan baik daripada polis.




Tahukah anda; Pernahkah media pencacai UMNO-BN siarkan gambar seperti di atas???

BERSIH 2.0 - APA PENDAPAT TIMB MENTERI PELAJARAN

Najib Razak - “Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan,”


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaimana menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku di jalanraya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalanraya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH 2.0 - MANA PI BERAHIM KATAK MENGHILANG

Kuala Lumpur 9 Julai - BERSIH 2.0 boleh dianggap sebagai berjaya dalam perarakan hari ini. Ianya sebagai satu kemenangan bagi yang menyokong tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

Kehadiran ramai pejuang-pejuang BERSIH yang langsung tidak menghiraukan amaran
untuk bersurai dari pihak yang mewakili UMNO-BN demi terus mempertahan hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Disamping itu, kita juga beri kredit dan tepukkan gemuruh kepada KJ serta ahli 'PATRIOT'nya kerana berani mengotakan janjinya untuk turut sama berdemonstrasi meskipun sebagai penentang.

Melihatkan gelagat kumpulan mereka, saya hampir tergelak bergulung-guling apabila pejuang-pejuang PATRIOT disembur dengan 'water cannon'. Mereka bertempiaran lari lintang pukang mungkin kerana baru pertama kali merasa pemberian air percuma dari FRU. Ini tidak seperti pengalaman pejuang-pejuang BERSIH, mereka telah biasa merasa pemberian air dan gas percuma dan tahu bagaimana untuk menanganinya.

Dalam pada itu, kita pun merasa hairan mana pula perginya Omar Din, Guru Silat Lincah beserta anak-anak buahnya yang sebelum ini menyalak setiap malam di kaca TV kununnya ingin berada di barisan hadapan menentang kemaraan BERSIH?


Dan mana juga perginya pejuang PERKASA yang katanya berani hanya seperti katak? Hahaha!... cakap berdegar-degar tapi habuk pun tarak!...


BERSIH 2.0 - POLIS, POLIS, POLIS











Liputan dari media luar negara The New York Times dan The Telegraph

Selasa, 5 Julai 2011

MISI BERSIH BERJAYA WALAUPUN DI ALIH KE STADIUM

Walaupun berbagai tekanan yang diberikan terhadap himpunan BERSIH 2.0 oleh berbagai pihak samada dari pertubuhan NGO pro UMNO, pihak berkuasa dan UMNO-BN serta sekutu-sekutunya sebagai perkakas termasuk PERKASA namun perhimpunan ini masih dianggap berjaya walaupun ianya terpaksa dialihkan ke stadium pada tarikh yang sama.

Bagi tindak balas yang sama, selepas ini kita hendak lihat adakan puak-puak pengampu UMNOProno seperti PERKASAM, PATAHRiot, Persatuan Seni Silat Pulut akan tetap berdemontrasi bagi membantah perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan di stadium atau sekadar seperti anjing menyalak bukit. Kita tunggu dan lihat!...


Rentetan pertemuan dengan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong:

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

Sebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.