Selasa, 9 Oktober 2018

MUJAHID MARAH DIKRITIK NETIZEN


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kecewa dengan sikap agamawan tertentu yang mengkritiknya secara melulu tanpa menunggu penjelasannya terlebih dahulu.

Ia susulan laporan The Star yang memetiknya sebagai berkata, pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam untuk menyiasat dan menjalankan operasi khalwat serta aktiviti maksiat lain.

Mujahid berkata, golongan agamawan itu sepatutnya meminta atau menunggu penjelasannya terlebih dahulu sebelum memberi pandangan berhubung perkara itu jika mereka menghormatinya.

“Ada sesetengah orang tidak tengok transkrip penuh (yang dimuat naik di Facebook Mujahid), hanya ambil tajuk lalu maki hamun dan cerca.

“Macamlah menteri agama ini bodoh sangat, macamlah menteri agama ini tak ada agama dalam diri dia.

“Kalau yang cakap itu orang di media sosial saya tidak kisah kerana bukan peringkat kita nak bincang dengan mereka, tetapi ada yang bercakap ini agamawan, mereka yang dihormati masyarakat.

“Paling tidak, ambillah sikap meminta penjelasan daripada menteri dulu apa sebenarnya yang dikata, jika kita hormat pada dia.


Namun dalam hantaran di facebook, ada netizen bertanya semula kepada menteri ini berkaitan dengan komen beliau terhadap pendakwah bebas Dr Zakir Naik pada September yang lalu. Semasa Mujahid mengkritik Dr Zakir Naik, adakah beliau juga telah meminta penjelasan terlebih dahulu?

Tiada ulasan: